Tuesday, August 11, 2009

Kita orang Asia

Hari ini, hari Selasa. Diluar cuaca agak panas berbanding semalam. Selepas kelas, aku dan rakan menuju ke tram dan singgah sebentar ke supermarket, membeli keperluan harian. Memang sudah adat, ke pasar raya dilarang membawa beg, sungguh canggih zaman ini, tempat letak begnya saja membuat aku kagum sebentar, menggunakan kod canggih. Rakanku pantas mencapai troli dan mula mencari barang idaman hati. Tiba-tiba dia bertanya, "serbuk cili nak beli sekali? aku dah lama tak makan sambal", matanya bersinar harapan. "kau boleh masak sambal kan?", aku mengangguk tersenyum, 2 paket serbuk cili terus di letak dalam troli, sempat lagi dia berjenaka, "kita orang asia kan, pedas standard r". aku ketawa, dia pun sama.

Malam itu, seperti yang dirancang, kami mula memasak juadah rezeki tuhan yang maha agung, dia menggoreng ayam, aku menyediakan sambal. serbuk cili ku taruh sedikit-sedikit, ditambah air dan di kacau rata, "apsal cair sangat? tambah lagi r serbuk cili, ksik pekat sikit" kata rakanku bagai Chef Wan di depan jurukamera. tanpa banyak soal aku pun menambah serbuk cili, pekat baunya, merah menyala warnanya. Bawang ditumis, cili di masukkan, baunya menusuk hidung, pekat di rongga pernafasan. Setelah siap semua, tiba masanya makan, rakanku dengan lahap menuang kuah sambal di atas nasi, ayam goreng di letak cermat di sudut pinggan, suapan pertama disua ke mulut, matanya terbeliak, lidahnya menahan kepedasan teramat, aku pun begitu, memang betul kata bondaku, sambal serbuk cili kurang menjadi. Kami terus kan juga, perut perlu diisi, sambil tersenyum aku berkata "kita orang asia, pedas standard r", kami tertawa..

5 comments:

  1. ko masak mujus??
    ceh...dlu tyme jual2 kat maktab..
    ko x nak memasak..haih~

    ReplyDelete
  2. hebat ko masak. haha. btol2. kiter org asia. org arab mahupun rusia maner makan pedas.

    ReplyDelete
  3. haha.. nak survive kat sini mesti la kene masak.. aku terer ape:)

    ReplyDelete
  4. daim jadik chef wan harapan ar..haha

    ReplyDelete