Wednesday, December 9, 2009

Gigi

Masa aku gosok gigi tadi, aku tengok cermin. Rambut aku dah panjang, balik Malaysia aku kene pergi saloon. Kasik adjust serupa Farid Kamil.

Tengah sibuk gosok gigi, aku teringat cerita tentang gigi.

Masa tu, aku di tingkatan 5. Hari tu memang panas. Start hari tu aku dah plan, abis spm aku nak pindah negara salji. Bagi sejuk sikit, air-cond tak payah bayar. Pukul 2 petang, lepas makan aku balik ke bilik. Aku tengok roomate aku, Azwan tengah baring pegang majalah cleo, bulan lepas punya. Entah mane ceruk dia rembat pun aku tak tau.

Aku : Ko dah makan?
Azwan : Dah tadi, aku pergi kafe.

Aku tengok, dia masih lagi khusyuk dengan cleo dia. Sikit pun dia tak pandang aku. Cam gampang. Entah gambar haram mane entah dia tengok aku pun tak tau.Badan pun dah penat, malas aku nak fikir banyak. Cukuplah masa kelas tadi Puan Toriah seksa mental aku. Aku bukak uniform aku baring atas katil. Memang nikmat, macam layan Dunhill belakang blok sekolah lepas habis makan.

*********************************************************
Pukul 5 petang, aku terbangun sebab kawan aku kejut ajak pergi surau.Nasib baik, aku bukan boleh tinggal ibadat ni.Balik dari surau, Azwan masih lagi tidur, kadang-kadang senyum. Gila, sweet dream la tu konon.Aku capai hanger baju, aku kasik 2-3 das sebatan kat dia

Aku :wey bangun!!
Azwan :mende?
Aku :ko ada training ragbi kan petang ni.
Azwan :5.30 la
Aku :Owh ye ke? lantak ko la

Aku capai mp3, aku carik lagu band rivermaya. Time tu, aku tengah gila dengan band ni.Aku capai cleo tadi, aku layan.

Takde hujan, takde ribut, Azwan tiba-tiba lari ke toilet, terkejut jugak aku. Segala imej-imej fantasi aku hilang. Potong stim betul. 5 minit, Azwan keluar toilet.

Aku : Apsal ko?
Azwan: Xde pape
Aku : Ni ko punya cleo ke?
Azwan :......
Aku :wey, tadi Azri suruh ko ready ragbi
Azwan :mmmmm

Apsal pulak mamat ni? moody semacam. Nak kate gaduh dengan awek, xde awek. Nak kata period, manusia berbulu.

Azwan :Pinjam boot ko kejap

automatik, aku gelak. Mane ke tidak, gigi depan dah hilang.

Aku : Ni manusia ke ape ni?
Azwan : Ah, sial r ko.
Aku : Hahaha, gila. Mak cik kantin tu pun gigi full la. Ko memang dah tua
Azwan : Mane aku tau, nak patah. Training ragbi semalam la ni.
Aku : Relax2, walaupun rupa ko sekarang macam makhluk asing, still hensem bai.
Azwan : fuck r lu!

Malam tu aku dengan kawan aku pakat kutuk dia ramai-ramai. Lama jugak la dia ni jadi bahan. Tapi tu la namanya kawan kan?

ps : Minggu lepas, Azwan ym aku. Dia kata dia skarang dah pakai superbike dekat India. Ape-ape la, janji dia balik dari sana jadik doktor.

11 comments:

  1. siyes ke pro da pakai superbike kat India? abis r Shah Rukh Khan x laku pas ni

    ReplyDelete
  2. haha pro ke?
    hahaha! ingat gigi susu tercabut.
    ngengeng

    ReplyDelete
  3. Syamim : dia cakap kat aku dia dah angkat superbike.
    Achno : a'ah, pro.. haha

    ReplyDelete
  4. hahahahaha...cian kt kwn ngko

    ReplyDelete
  5. Aulia & Jiher : sape suruh dia gatal2 main ragbi. kan?

    ReplyDelete
  6. superbike dkt india?
    jadi Azwan Khan lah cerita dia.

    ReplyDelete
  7. Lea : khan ke ape, kalau dia gatal2 nak jadik 'khan' memang straight aku putus member. haha

    ReplyDelete