Friday, December 11, 2009

Tonggeng

First sekali, aku nak warning yang aku bukan nak bentang tazkirah kat sini. Sebab, aku tak hafal tazkirah, buku tazkirah pun aku takde.

Mase tu umur aku 7 tahun, darjah satu. Kami di Johor ni memang wajib pergi sekolah agama. Kalau tak pergi memang kene sebat! Baju melayu putih, samping hitam. Kalau nak up lagi, pakai la samping hijau, ada title pengawas.

Satu petang, kelas aku masuk bab semayang. Ustaz aku suruh ambik 4 biji meja, kasik rapat, letak tengah-tengah kelas. Atas meja tu ade kipas.

Ustaz Jamil : Hah, ni sape nak tunjuk care semayang? naik atas meja. Sapa naik, saye belanja nanti.

sementara tu,

hakimi : mel, nak gula getah? (sambil hulur wrigleys kat aku)
aku : nak2!

Ustaz Jamil : muzamel, awak la naik, ringan sikit.
aku : apsal pulak saya ustaz?
Ustaz Jamil : dah2, mari. jangan takut. semayang pun takut nak jadi apa?

Ni yang aku paling lemah.Jadik demonstrator murahan. Aku bukak kasut, naik atas meja.

Ustaz Jamil : yang lain berdiri buat bulat. Tengok macam mana cara nak semayang.

mase aku diri atas meja tu, aku tengok member2 aku dah gelak2. macam gampang. Yang perempuan pulak sengih-sengih. aku pandang atas, aku nampak kipas. berhabuk macam sial, tergoyang-goyang macam nak tercabut.

kalau kipas ni jatuh, macam mana agaknye? takpe, mati tengah semayang masuk syurga. Aku teringat mak aku pernah cakap macam tu

Ustaz Jamil : ok, buat takbir.
Aku : Allahuakbar! (dengan gaya sekali)
Ustaz Jamil : ha, ni namanya takbir. bende pertama sekali kita buat masa semayang. buat rukuk pulak.
Aku :*rukuk
Ustaz Jamil: masa rukuk ni, badan kene turun bagi nampak rata, baru sah. takbir balik
Aku :*takbiratul ihram
Ustaz Jamil : lepas rukuk kita takbir balik. hah, sujud!
Aku :*sujud

'ee, tak malu!'. Aku terdengar satu suara gampang, entah suara sape aku tak tau. yang pasti suara perempuan.Mase tu ustaz aku tengah explain tentang sujud.Si kimi pulak sibuk tarik-tarik samping aku.

Aku : *owh, ko tarik samping aku eh, takpe2. sape yang cakap aku tak malu tadi? takpe2 lepas ni ko siap! (aku cakap dalam hati)

Ustaz Jamil : ok, duduk antara dua sujud.
Aku :*duduk la macam orng semayang
Ustaz Jamil : Astaghfirullahalazeim!!!! ni semayang ape makan gula getah ni? masa semayang mana boleh makan.
Aku : saya bukan bukak mulut pun ustaz.
Ustaz Jamil : Hish!! mane boleh! dah, turun2, pegi buang gula getah tu.

aku turun, aku buang gula getah.

Ustaz Jamil : lepas ni kita tengok macam mana semayang subuh.
Semayang subuh ada doa qunut.Sebab tu semayang subuh ni special. Hakimi, awak pulak naik. Tadi kawan awak dah buat. Kasik orang lain pulak. Mari!

Aku senyum, sambil buat mata jahat dekat kimi. Si kimi pura-pura terkejut. sempat jugak aku bisik,

*siap engkau!!

ps : sape tak semayang zohor lagi, pegi semayang sebelum aku sebat sorang-sorang.Walupun Ustaz Jamil tipu aku, dia tak belanja aku lepas tu, tapi aku berterima kasih kat dia. Peace Ustaz Jamil!!

14 comments:

  1. bangga ustaz lu kalau dia baca blog lu . Assalamualaikum ustaz . *tunduk

    ReplyDelete
  2. tu pun kalau dia kenal lagi sama gua. gua rasa dia tak kenal, sebab gua dah transform dari cute ke hensem. haha

    ReplyDelete
  3. apa kau buat kat kawan kau lepas tu ?

    ReplyDelete
  4. *org kalo dah perasaan nih susah* :)

    ReplyDelete
  5. ape barang bro samping hitam
    gua samping merah, pengawas
    samping merah, bahasa arab gua pun selalu merah

    ReplyDelete
  6. Nina : aku conteng stokin dia pakai pen! (memang budak2 kan?)

    Dahlia : i perasan? haha

    mawie : aku walaupun hitam, bahasa arab aku pass beb! bukan nak bangga la:) tapi skang sume terbarai

    ReplyDelete
  7. pa barang pakai sampin. aku pi sekolah agama pakai robe nun ja

    ReplyDelete
  8. haha..
    btol2..
    tringat wktu sekola agame dlu..
    mmg demo cmtuh..
    kdg2 bentang tikar..
    wktu exam amali..
    sek agame abes smpi drj bape nih..

    ReplyDelete
  9. Nadia : aku sempat sampai darjah 5, lepas tu aku pegi asrama, semua terbarai. haha

    ReplyDelete
  10. haha drj 5 ok wat..
    byk jugak tuh blaja..
    msti munakahat paling hebat.. ahaks!

    ReplyDelete
  11. Nadia : xsempat belajar munakahat, dah blah dari skola tu:)

    ReplyDelete