Monday, December 7, 2009

Tali pinggang

Tadi ade sorang mamat ni add aku dekat myspace.

"sape die mamat ni, xpernah aku tengok muke, muka jawa pun ada,muka melayu kita pun ada, cume bibir tebal sikit." cakap aku dalam hati.

Dia tulis nama dia atas profile tu 'the cullen'.Cis! memang tak dibuat orang, cullen kulit sawo matang ape jadah. Kalau Drogba ke, Essien ke aku maafkan lagi.

Tapi tak apa, aku approve dulu. Agak-agak tak kenal apa susah. Delete la.

Bila aku tengok je gambar depan tu, kepala otak aku macam kene stun gun.
'aku kenal dia ni, tapi aku lupa name dia'.

Aku klik dekat album, aku jumpa satu gambar tahun 1999. Gambar kelas aku dulu.
Beratur memanjang tengah panas ambik gambar, sorang-sorang muke berkerut tahan panas.
Cuma cikgu kelas aku je yang ketawa. Aku syak dia ni model baju renang la dulu. Kene panas dia boleh senyum ambik gambar.

Aku klik next, terkeluar gambar dia dengan tali pinggang 'S'. Yang macam faizal tahir pakai tu.
"la dia ni rupenye, Faizul yang duduk sebelah aku dalam kelas dulu. Harap umur je sama, tapi rupa tua.

Aku ingat lagi masa darjah satu, kami juga sama kelas. Entah ape kes guru besar aku suke sangat letak aku dengan dia ni satu kelas. Dia ni masa mula-mula dulu selalu menangis masuk kelas. Takut mak dia tinggalkan dia sorang-sorang. 'tolong tengok-tengokkan syafiq ni ye, kawan baik-baik' mak dia pesan kat aku. Biasa la, mak aku cikgu kat situ jugak, bolehla aku berlagak sikit pura-pura berani.

Satu hari, kelas bahasa inggeris. Aku belajar pasal sayur atau dalam bahasa inggerisnya vegetables. Cikgu aku, Teacher Mazlinda tampal gambar toge kat blacboard.

Teacher Mazlinda : Ok class, ikut cakap teacher ye.Ni name dia beansprout. sekarang lukis cantik-cantik, tulis nama dia besar-besar

Aku terpinga, kalau tadi teacher aku tampal brinjal, lepas tu lady finger, senang la nak lukis. Ni toge, macam mana aku nak lukis? Kecerdikan aku pada masa tu memang tercabar hanya kerana demi melukis sayur toge..

'mama!!!'. si syafiq menjerit sambil berlari keluar kelas kejar mak dia kat dataran perhimpunan. Aku yang stress nak melukis toge tadi terkejut macam gampang. Nasib baik budak pompuan kelas aku masa tu tak akhil baligh lagi, tak reti nak histeria. Teacher Mazlinda turut keluar. Aku tengok dia pujuk-pujuk si syafiq masuk kelas. Tapi si syafiq buat-buat gedik taknak masuk kelas. Last2 mak dia bawak dia balik. kerusi sebelah aku kosong, xde la orang aku nak ajak lawan pemadam.

'Ade hati nak jadik superman konon! Ingat ko pakai tali pinggang faizal tahir tu boleh buat aku lupe kes kita mase darjah 1?' aku bermonolog dengki.

ps : sampai hari ni dendam aku tak berbalas. aku tak puas hati kenapa dia pinjam pemadam yang aku dapat free mase beli 'appeton' dulu tak pulang2. Ni aku dah jumpa ko kat myspace, ade mase boleh jugak aku mintak ganti rugi.

10 comments:

  1. peh kaw2 kena kutuk.. hahaha..

    t aku bli appeton, kalo dpt pemadam free aku kasik ea.. :)

    ReplyDelete
  2. Ade lagi ke appeton bagi free? boleh jugak.. haha

    ReplyDelete
  3. haha. pemadam appeton je kot. tp best kan pemadam tu. nk padam pon sedap je. warne ijau ke biru? hahaha

    ReplyDelete
  4. pemadam appeton? hahaha!
    tudia! stai mintak balik!

    ReplyDelete
  5. jiher : warna hijau, tulisan appeton kuning
    dahlia : :)

    ReplyDelete
  6. hahahaha.. cm jejak kasih plak..

    ReplyDelete
  7. Aulia : jejak kasih la sgt, aku jumpe dia, aku sebat dia dgn tali pinggang superman dia!

    Lea : Biasa la, budak2 kan:)

    ReplyDelete
  8. pemadam mcm2 jenis sekarang , pmadam gambar tali pinggang aku boleh belikan . 2 in 1 . boleh lu buat kenangan dgn mamat gedik tu . teheee

    ReplyDelete
  9. Fyna : daripada ko belikan aku pemadam, baik ko belikan aku benda lain. haha

    ReplyDelete