Sunday, December 6, 2009

Telefon

Semalam aku nampak sorang gadis memegang handfon warna merah.aku jeling, aku teringat yang dulu aku pun pakai handfon macam tu. Cuma di telefon tu aku tak sangkut teddy bear.

Masa dulu waktu aku berumur 13 tahun aku ke sekolah berasrama.Mak aku bagi saya handfon putih yang diatasnya tertulis 'siemens'.Handfon tu handfon dia bagi aku sebab dia dah tak pakai. Dia cakap, "nanti senang abang nak call, tak payah cari public".Tapi aku tak terasa pun apa pentingnya handfon dalam hidup aku. aku rasa sama saja. Yang aku ingat, telefon putih tu memang selalu potong line aku. Mase main bola pun mak aku nak call. Last2 aku simpan, akku beli kadfon.

Lepas 2 tahun, aku di tingkatan 3. Masa tu kawan-kawan aku semua ada handfon, paling buruk pun 3310. Tapi aku masih cool, tanpa telefon.Tapi tak lama lepas tu Aunty aku bagi aku Nokia 'butterfly'. aku pun ambik, cakap terima kasih.Tapi sayang,aku tertinggal telefon tu dalam cab.Tapi takpa, aku bukan ada gadis elektrik masa tu nak call.

Habis pmr, aku ingat lagi, abang aku beli handfon baru. Yang lama dia bagi aku, yang ini cun sedikit sebab ade kamera, bawahnya betuk bujur.Tapi aku kurang minat sebab besar (nokia).

Bila sambung tingkatan 4, aku mula sedar betapa pentingnya handfon kepada diri seorang remaja macam aku.Untuk kali pertama aku beli handfon dengan duit sendiri. Samsung flip, aku kurang pasti modelnya.

Tapi ustaz aku cemburu, dia rampas handfon aku. dia kata 'kalau nak balik, bayar rm100 di bilik warden'.aku jadi bercelaru, mana nak dapat rm100? masa tu aku budak sekolah lagi, mesti la fikir pasal duit.Dengan duit makan lagi, duit jamming, duit rokok, opps! abaikan.
Aku pun cakap dengan ustaz aku 'ustaz, handfon tu kalau saya jual, kedai pun reject. rm100 tu mahal, kalau rm10 xpe ustaz. saya bukan msg makwe pun. X caya ustaz check la simkad saya.Kredit saya pun dah bape lame tak top up'. Tapi ustaz aku tak percaya, mungkin dia syak aku ni kasanova sekolah. Hahaha

Lepas Spm, ustaz tu datang jumpa aku, dia bagi handfon aku balik. 'tapi ustaz, saya xde rm100 ni. serius' kata aku jujur.'xpe awak ambiklah, saya ni bukan apa, xnak awak lalai dengan benda2 macam ni'.Hati aku berbunga, sbb dalam fon tu ade banyak gambar bermakna dlm hidup aku.

ps :Tapi handfon tu dah mati. Sebab aku lupa nak keluarkan dari poket masa buat terjunan bebas di waterfall satu ketika dahulu. aku ingat bolehlah ambik gambar dengan ikan. Haha.

17 comments:

  1. mase form 4, i bwk henpon 3310 je oh nk cntac mak.
    dh le bateri kong, tu pn risau uh taku kne rmpas.
    haha!

    ReplyDelete
  2. ustaz razali rampas fon i without telling me! i carik merata, then bout few months later baru i tau dia ambik. Damn!! hahaha

    ReplyDelete
  3. itu la u
    nape tak puji janggut dia sebelom mintak
    kompem dapat

    ReplyDelete
  4. ak bawak nset maser form 4, pastu kne pow ngn kwn lama ak sdri.. saket ati..

    ReplyDelete
  5. haha..frust x? x dpt tgkp gamba ikn dlm air..? ;p

    ReplyDelete
  6. Raihan : thanx:)
    Mawie : Aku dah buat muka paling kesian kat dia. dia but dek je..
    Aulia : Haha, biasa la. Halalkan je la. ko pun dah pakai blackberry kan:)
    Syaza : X sempat pun, hanfon tu dah mati dulu. so sad:(

    ReplyDelete
  7. haha muke mujuz sentiase meng'kasian' kan.
    so ustaz razali dh lali tgk muke tu.
    sukar utk ditipu. haha!

    ReplyDelete
  8. Haha, muke aku muke kesian pulak? kasanova ade la

    ReplyDelete
  9. pembawa telepon ke maktab. ishishish

    ReplyDelete
  10. bdk2 xyah henset,,aku dpt henset pas SPM jer,,,huhuhu,,tu pun sbb rslt bgs,,syukur

    ReplyDelete
  11. dulu mrsm kuala klawang, then mrsm jasin

    ReplyDelete
  12. budak kk banyak campak pg serting skrg
    wah jasin, tak mampu eden. skrg ni kat mana?

    ReplyDelete
  13. izzy : dekat russia ni den tercampak. haha

    ReplyDelete