Friday, April 30, 2010

Usha

Sejak dari bulan lepas, ramai betul nak mengkomen pasal badan aku.Engkau orang jangan salah faham aku jadik model pakai swimming trunk nampak pusat pulak. Bila aku webcam sama member aku si zizi, dia kata aku dah macam mat dadah. Kurus sampai nampak tulang dekat leher. gile. Aku malas nak pikir sangat sebab si zizi memang suke merepek. Lagi-lagi kalau dia dah mule bercerita pasal dia dating sama pakwe dia si Afiq sambil buat muka yang mintak penampar depan webcam. No hard feeling Zizi. Muah!

Tapi sejak kebelakangan ni, aku rasa ramai jugak yang dok usha aku. Bukannya usha secara seksual. Dekat mcd, dekat train, dekat supermarket, dekat kedai aku beli rokok pun ada. Aku perasan budak-budak gemok yang umur baye-baye budak sekola rendah pandang slack dekat aku. Cilaka, aku tau la aku skinny.

Petang tadi baru aku tahu sebab dia. Dari semalam sampai hari ni, aku makan spageti satu pinggan. Gile. Aku pun tak pasti macam mana aku boleh tahan. Aku rasa aku dah kena santau ni, macam dalam cerita melayu aku tengok semalam. Cerite entah ape-ape. Ade ke patut kena santau sebab makan bubur kacang. Macam-macam la orang melayu kita ni. Tak sivik betul.

Sekarang aku kena pikir balik jalan bagi nampak tough macam Jacob dalam cerite twilight. Ade six pack dekat perut. Baru lah makwe-makwe tergoda bila aku selamatkan diorang bila diorang lemas dekat swimming pool. he he he. Cilaka, sejak layan cerita melayu ni, banyak pulak aku berangan.

Buat Syamim, nanti-nanti la aku pegi beli ayam. Bukan aku tak nak pegi, jauh sangat nak membelinya. Sudah-sudah la makan dekat rumah orang lain. Aku tau la turn aku pulak beli lauk minggu ni. Gampang memilih, spageti tak nak!

ps : Masa aku tulis entry ni ade orang talipon aku. Aku tengok lisa surihani call. Serta merta aku sms kata bz. hehehe

Thursday, April 29, 2010

Terima Kasih


Terima kasih Puteri Sengal.

7 perkara yang ada dalam jiwa raga aku.

1. Aku lemah sikit bab-bab darah. Nanti mulelah aku rasa yang pelik-pelik
2. Kalau ada chance, aku nak belajar tango. yang makwe dia mestilah paling kurang pun lisa surihani
3. Minat violin. bila agaknya aku boleh tengok Vanessa Mae.
4. Tempat yang aku nak pergi sebelum game over (married) adalah paris dan amsterdam
5. Aku support mamak lebih dari kenny rogers dan mcd. Bukan ape, si ane dengan aku memang kamcing
6. Aku suka perancangan. Semua benda kena rancang. Nak pergi kenduri kawin pun kena rancang jadual
7. Orang berbudi kita berbahasa. Budi bahasa amalan kita. ye tak?

orang yang ditag :
of course la Puteri Sengal (tag balik boleh ke?)
Aulia
Ninaa
Iran
Syazmin
Kepalmawie
Fakhrul


ps : ok, aku dah buat balik. kepada penerima award, macam ni lah ye format dia. *agak2 kalau lisa surihani bace entry aku ni, dah boleh ke aku masuk line?

Wednesday, April 28, 2010

Basuh

'Entah lah b, i keliru'
'b, ape yang kelirunya. you sayang i kan?'

owh.. kiss me arse..

Bengang pulak aku tengok Lisa Surihani ni dalam drama melayu tadi. Muka ex boyfie dia sumpah boleh bikin gaduh. Bengang tapi sweet.. he he he

ps : Malam ni asal dia datang dalam mimpi aku lagi macam semalam, aku kasik brain wash.

Kejar

Dengar cerita ada budak sekolah menengah main kejar-kejar sama abang pakai topi leper yang ada lambang dekat tengah. Aku dulu bukan main menyampah main kejar-kejar masa zaman sekolah. Kang nanti masuk kelas berpeluh-peluh. Mulalah rasa nak belajar sifir sambil bukak baju.

Tapi dengar cerita main kejar-kejar sekarang dah moden. Siap pakai kereta. Yang abang topi leper pulak siap ada pistol yang tak reti pakai peluru mainan macam dulu-dulu. Kalau ikut peraturan, mana boleh kita tembak orang suka-suka hati. Nak tembak kancil dalam hutan pun kena ambik lesen.

Terima kasih la buat Miss Juliet Syafiqah sebab memberitahu berita ini kepada aku. Dah lama jugak aku tak membukak utusan online sejak sibuk dengan Lisa Surihani. Bila fikir-fikir balik, memang ajal maut ditangan tuhan. Kita ni sape la nak membantah takdir. ye tak?

Mengikut akhbar metro semalam, Aminulrasyid di tembak di belakang kepala. Baru 15 tahun. Orang putih kata life begins at 40. Berapa banyak lagi gap tu. Aku yang 20 tahun ni pun terasa muda lagi. Eiffel tower pun tak pernah tengok live lagi.

Buat abang topi leper, lain kali kita masuk sukan olimpik ye? Mana la tau dapat pingat emas sukan menembak nanti. Kita pun pingat emas olimpik berapa la sangat. Nak harap Nicole David je susah la.
Harap-harap abang dapat lah join sama. Nanti dapat jersey free.

ps : Takziah dan Al-Fatihah buat Aminulrasyid yang kembali ke rahmatullah. semoga rohnya ditempatkan ditempat orang yang beriman dan beramal.

Drama

Semalam aku twitter sama Zack Zakwan. Dia cakap dia sibuk pukul 6.30 petang sebab nak tengok Adamaya.
Aku tanya dia ape jadah Adamaya tu. Dia kata drama tv3 yang ada Lisa Surihani.

Bila si Syamim tau, lekas-lekas dia usha website tv3 tapi guna profile aku. Cilaka, bukan susah sangat nak mendaftar tv3 tu pun.

Bila tengok-tengok episod 1 Syamim cakap

'caya jugak drama ni'

Aku mengangguk tak cakap banyak

'bukak la episod 2. nak buffer episod bukan main lembab nanti'

Aku sound tegas

Hari ni aku tak kira. Episod 1 sampai episod 14 aku dah download

'tunggu aku balik baru layan!!'

laju saje si Syamim bagi warning dekat aku.

'ye la!!'

ps : Bila aku tengok Lisa Surihani ni dalam-dalam, boleh tahan jugak dia ni. Aku bukak twitter kasik smiley dekat dia. :)

Tuesday, April 27, 2010

Lukis



Mula-mula kelas fizik tadi aku dah jangka perkara sama macam minggu lepas akan berulang lagi. Mula-mula kelas masing-masing punya tangan bukan main lagi salin nota dekat papan putih. Tak sampai 15 minit, nota entah ke mana, papan putih pulak jangan ditanya.

Lecturer aku memang laju bangsat aku tak tipu. Dia mengajar macamlah esok aku nak ade test yang lusanya nak grad dari sini.Kalau formula setakat Archimedes ke aku boleh lagi terima. Ini formula entah anak sape yang cipta pun aku tak ada idea. Formula kalau pendek macam formula spm boleh lagi mengade-ngade nak menghafal walaupun dekat kertas belakang soalan fizik tu dah ditulis. Ini formula bukan main panjang.Fuh..

Tengah dia mengajar, aku paling belakang kertas nota. kosong. Aku pandang kiri, si Pejo dah lentok. Aku pandang kanan si Wancop tengah berangan. 

'Cop, kita lukis gambar dia nak? tengok sape lagi lawa'
'gile...'

Owh takpe, kira aku menang tanpa bertanding. Aku ambik pensel 2b, aku buat bentuk basic melukis muka orang yang aku pernah tengok buku tadika adik aku dulu. Time tu aku teringat masa aku tingkatan 2.

Masa tu aku duduk paling belakang dalam kelas, sebelah pintu keluar. Bila pandang luar, boleh la nampak si Syahir, budak homeroom aku dulu dekat kelas seberang. Kalau nasib baik, boleh la nampak Akmal Liyana nak pergi toilet.

Satu hari tu mase tengah belajar matematik sama Cikgu Huzaimi, aku dengar riuh rendah kelas sebelah. Aku pandang luar aku usha Cikgu Abdul Aziz tengah naik hantu. Si Syahir time tu aku tengok dah terlekat atas lantai.

'Awak ingat awak dah bagus sangat?!'

Cikgu Abdul Aziz menjerit dekat Syahir dengan penuh perasaan.

Masa rehat, aku pergi kelas sebelah. Budak-budak kelas sebelah tak pergi rehat. Si Syahir tutup muka dengan buku atas meja. Aku syak mungkin trauma dengan Cikgu Abdul Aziz tadi. 

'Apsal nis Cikgu Aziz hangin?'

Aku tanya sama Hanis Mahbob

Hanis capai buku teks sejarah, tunjuk pada aku.

'Ni la bodoh, lukis gambar Aziz kantoi'

macam ni la lebih kurang yang rambut sama tahi lalat
tu sumpah sebiji

Aku tengok buku sejarah tu dalam-dalam. Memang tak berbakat sungguh Si Syahir melukis. Tapi bila aku fikir-fikir balik, ade jugak samanya dengan Cikgu Abdul Aziz.

Serta merta niat aku nak melukis gambar lecturer tadi aku buang jauh-jauh. Bukan apa, lengan dia besar. Kang aku pulak terlekat atas lantai.

Monday, April 26, 2010

Rock Kapak

Satu petang aku sama Hazim pekena teh dekat Muhibbah. Akak-akak kerja giant masing-masing ligat mengorder sambil taip sms.Aku tengok Si Ane tak cakap banyak, kumat kamit tulis order dekat buku 555. Berpeluh jugak dia.

Akak depan meja aku order mee goreng mamak sama sirap limau. Punyelah gelojoh. Sesekali aku nampak ada mee terkeluar dari mulut bila dia dah start pot pet. Masyaallah.

'Ane kasik kira'
Akak mee terkeluar dari mulut bersuara.

'Rm5.30'
Si ane jawab dengan senyuman paling hensem dia boleh buat.

'Nah, 5 ringgit. 3 posen tu halal je la ane'
'5 ringgit 3 posen la akak'
'3 posen pun nak berkira? aku makan sini tetiap hari la ane'
'jangan macam itu la akak, 3 posen bagi. saya bukan bos'

Akak mee terkeluar dari mulut seluk beg duit sambil letak 3 posen atas meja.
'hish, berkire betul la kau!'

Ane kutip syiling, simpan dalam poket kemas-kemas. Aku jeling dari jauh. Gampang betul ane ni kadang-kadang. Nak beli rokok batang la tu.

Datang sorang brader rock kapak, dengan rambut ala-ala Man Kidal, tanya pasal lighter.

'dik, pinjam lighter'

Hazim hulur lighter Aladdin biru siap ada tanda harga 7 eleven.

*zass...

'Babi!'

Aku sama Hazim usha brader rock kapak. Rokok Dunhill dah terbakar hujung.

'Apsal bang?' tanya Hazim penuh curious.

'Kenapa la kau tak ejas dia punya api? ni nak bakar rokok ke nak bakar pokok?'

Abang rock kapak blah dah tak toleh belakang. Si Hazim senyum  nampak gigi.

'padan la aku bau hangit. Cilaka, rambut dia rupanya'

'ko la, tak reti-reti nak slowkan api dia'

Ane sampai bawak roti canai dengan kari daging.

Justin

Juice & Justin Bieber

ps : kiss me arse!

Sunday, April 25, 2010

Awek dan kereta

Kalau dah namanye awek bawak kereta, jangan ditanya kenapa banyak masalah. Kadang-kadang tu lembab semacam nak masuk parking siap turun tingkap, jengah luar usha body kete takut tercalar. Cilaka, rambut panjang blonde. Kau orang kena sabar dalam situasi macam ni.

Paling tak pun masa nak bayar tol. Punyelah lemah lembut, slow mo. Dah turun tingkap sambil sengih-sengih dekat abang tol, time tu la baru nak teraba-raba carik handbag. Capai purse, cek cek duit tak cukup. Dah tak pasal-pasal gelabah selongkar tempat coin kete. Tak ke namenye mengundang hon orang belakang?

Aku cukup pantang kalau nak ke parking Jusco jb tu. Bukit bukan main tinggi. Yang pakai kete auto takdehal. Yang pakai kete manual berpeluh jugak nak mendaki. Kalau awek yang bawak lagi parah. Satu hari tu aku pergi Jusco. Yang bawak kereta si Zizi. Bila nak naik bukit parking tu, banyak pulak kete. Si Zizi tak cakap banyak, terus dia parking tepi. Bila aku tanya apsal dia parking tepi, dia jawab tunggu semua kete clear baru naik. 20 minit jugak la menunggu. Tak lame..

Ade satu tu lagi best. Dekat satu mamak dekat jb jugak. Aku usha ade sorang makwe tengah makan tak jauh dari meja aku. Punyelah cantik.Tak berapa nak lama aku dengar bising-bising orang bergaduh. Si ane yang buat roti tempayan aku serta merta berenti uli tepung, jengah ke depan. Aku tengok makwe tadi bergaduh dengan sorang mamat India sebab mamat india tu langgar side mirror dia sampai retak. Kesian jugak mamat India tu. Menggigil jugak la aku tengok dia kena maki dengan makwe tadi. Walau macam mana pun kita marah, budi bahasa kena ada. ye tak?

Saturday, April 24, 2010

Anniversary

Lisa Malik, Happy 5th Anniversary babe...
Your pumpkin doll say hi to you:)
We are supposed to be 20 this year. so fast..
I miss you.
Rest in peace.

Jam

Dulu masa darjah 6, aku pergi sekolah agama. Aku ingat lagi masa tu kelas aku duduk dalam group. Satu group ada 6 orang. Group aku mase tu ada Hakimi, Syafiqah, Lisa, Safura dengan Faliq.

Masa tu aku pakai jam swatch kaler biru. Aunty aku belikan dekat oversea. Sejak aku kecik, cik puan besar aku selalu pesan kalau pakai jam, pakai tangan kiri lepas tu jangan bukak-bukak. Mandi pun tak payah bukak sebab waterproof. Sebabnya ialah kalau aku balik kampung ke nanti takdelah tertinggal. Sebab aku selalu sangat tertingggal barang kat rumah atuk aku. Nanti bila sampai rumah mulalah cik puan besar aku bising sambil talipon nenek aku.

Satu hari aku sampai kelas awal dengan Hakimi. Aku dengan dia susun meja dengan sapu lantai. Bukan aku nak sangat buat pun sebenarnya. Tapi ustazah aku yang suruh. Menyesal jugak aku tak join Farouk cerita pasal wrestling dekat pintu pagar sekolah. Cerita pasal wrestling, dulu tiap kali kelas mesti ada budak-budak berlonggok cerita pasal wrestling. Aku pernah la join tapi aku paling tak cakap banyak sebab aku tak tengok wrestling. Senang kata aku tak suka la wrestling ni. Payah betul nak menghafal nama-nama diorang.

Satu hari, sebelum mula kelas macam biasa. Kimi, Farouk, Faliq, sama Azroy sembang wrestling dekat meja belakang kelas. Aku perati dari jauh si Azroy la ketua. Boleh kata semua wrestler dia tau. Siap boleh buat gaya lagi. Aku nak join, bukan tau ape pun. Aku duduk je lah dekat meja.

Lisa tanya aku kenapa tak duduk sekali dengan Kimi dekat belakang. Aku pun cakap yang aku tak tahu pasal wrestling. Dia senyum. dia kata :

'takpe. wrestling macam budak-budak lah'

Aku mengangguk. Tak berapa nak lama, Lisa suruh aku bukak jam aku sebab dia nak tengok. Aku bukak jam aku bagi dekat dia. Dia ambik, dia letak atas meja. Dia bukak jam dia pulak.

'Pakai jam Lisa. Jangan kasik kotor. Seminggu. Ok? Kita tengok.'

'Ok2'

Aku tengok, macam budak perempuan betul aku pakai jam tu. Ye la, jam perempuan. Dari jauh orang dah tau jam perempuan. Kaler kuning, ada lambang Nike dekat atas jam tu.

Sampai rumah, aku rasa aku lah orang paling bahagia dekat Malaysia time tu. Kejap-kejap nak tengok jam, kejap-kejap nak tengok jam.

Satu hari cik puan besar aku bising :

'Ni jam sapa lah ni. Ni jam budak perempuan ni. Jam dulu mane? ghaib dah?'

Aku pandang tepat ke muka cik puan besar aku, aku syak dia dah tunggu masa nak bercakap panjang.

'Jam Lisa lah.. orang tukar seminggu'

Serta merta cik puan besar aku cool.

'hish, ada pakai jam budak perempuan..'

ps : Boleh kata tiap-hari masa dekat sekolah, aku bersihkan jam tu dengan pemadam. Ada kotor sikit, aku keluar pemadam kasik settle. Nasib baik rubber, bukan leather. Naik pelik jugak aku sebab masa Lisa bagi kat aku ok je, takde kotor-kotor. Biasa la budak lelaki pakai jam budak perempuan..

Wednesday, April 21, 2010

Seluar

Hari ini memang hari gila. Maksud aku, bukanlah hari-hari sebelum ini tak gila. Tapi hari ini punya gila memang menggila. Dengan masalah di universiti yang bertambah-tambah beban.

Pukul 9 waktu sini, lepas katam mengaji kimia aku baring sambil pasang ipod. Tidur dulu, nanti baru masak. Memang dah kebiasaan macam tu. Irama brit pop the kooks mengingatkan aku cerita dahulu. Cerita aku berumur 5 tahun.

Seawal 5 tahun, aku dah masuk tadika. Masa tu di sebuah perkarangan gereja St Bethany ada sebuah tadika. Kenapa gereja? sebab tadika tu saje yang dekat dengan rumah aku. Teringat aku uniform masa tu, dengan seluar pendek berkemeja dan tie ala-ala pengakap. Masa tu aku ada kawan baik, nama dia Isma Syukri. Lagi sorang, Nurul Izzati. Tapi Izzati tak lama sebab ayah dia tukar tempat kerja.

Masa aku 6 tahun, aku pun pindah. Rumah baru aku tak berapa jauh dengan tadika. Hari pertama, aku pakai uniform tadika aku yang lama sebab tadika yang baru ni tak bagi lagi uniform aku.Masa pertama kali aku masuk ke tadika, aku ingat lagi ada satu laman banyak pokok bunga. Cantik juga.Masuk ke dalam tadika, aku sudah jadi tak tentu arah. Aku malu sebab aku sorang saja yang berseluar pendek. Hari pertama aku tak bercakap banyak. Makan pun aku tak nak.

Esoknya aku cakap pada cik puan besar aku yang aku taknak ke tadika selagi aku tak dapat seluar panjang.Cik puan besar aku cakap, itu biasa bagi pelajar baru masuk. Aku tak peduli. Yang aku tahu, ada seluar panjang baru aku ke tadika. Hari tu aku dapat cuti free.

Hari esoknya, aku dah dapat uniform macam orang lain. Aku rasa bertambah yakin. Patung tommy power rangers aku simpan kemas dalam poket seluar. Kalau simpan dalam beg, mesti-mesti kantoi dengan cik puan besar aku sebab dia akan cek beg aku sebelum aku ke tadika.

Sampai di tadika, aku tengok uniform semua dah sama. Lega.. Hari itu ada aktiviti luar. Aktiviti menanam pokok. Aku tengok, kanak-kanak lain dah bawak keluar barang letak atas meja.Bawang lah, anak pokok la, dengan shovel plastik lah. Ah cilaka...

Aku sorang saje yang kosong. Serta-merta aku teringat muka cik puan besar aku yang tak ingatkan aku.
Time tu, aku kena kongsi pot dengan Ikmal. Hanya aku dengan dia saja yang tanam pokok satu pot berdua.
Tiba-tiba cepat saje otak aku teringat Tommy. Aku keluarkan Tommy dari poket seluar, aku campak ke pokok bunga budak perempuan. Kena pokok bunga budak perempuan india yang aku dah lama lupa nama dia. Si Ikmal gelak.

"eh, kau ni kenapa??"
Sorang budak perempuan, yang aku syak kawan budak india tu marah aku.
"suke hati la"
"dah la semalam tak malu pakai seluar pendek"

Sumpah aku malu, terdiam tak jawab balik. Sampai habis masa tadika, aku simpan Tommy tak keluar-keluar.
Time tu la aku tengok Lisa marah buat pertama kali. Memang dia cepat emo. Belum lagi aku cerita masa di mcd, belum lagi masa di cinema. Takpe, lain kali.

ps :Masa cik puan besar aku ambik dari tadika, aku tanya dia pasal pokok. Rupanya dia dah siapkan, cuma lupa nak letak dalam beg aku.

Tuesday, April 20, 2010

Haji Mohammad

Tadi pagi lepas habis kelas aku ke kedai. Beli jus epal yang dah habis. Dekat kedai tu aku nampak mesin topup. Baru aku sedar aku dah lama tak topup sejak 2 bulan lepas. Aku masuk duit, tekan nombor. Keluar satu resit.

Sampai rumah, aku tak fikir lain. Aku talipon atuk aku di Melaka. Sudah lama sangat aku tak tanya khabar berita.Ternyata masih sama. Gembira juga dia. Haha.

Aku ingat dulu, waktu aku kecil. Bila aku balik kampung, aku suka ikut atuk aku ke masjid. Takpun ke kedai kopi dia dan kawan-kawannya berkumpul. Memang agak bosan sebab apa yang aku harap mungkin ada kanak-kanak yang sebaya dengan aku untuk aku ajak main gameboy. Tapi semua orang tua dengan kopi hitam pekat.

Kalau masa hari raya korban. Aku dengan abang aku akan ikut dia ke masjid selepas sembahyang dengan volvo tua. Waktu pertama kali aku tengok upacara pembunuhan lembu, aku pening. Aku memang takut dengan darah. Aku muntah tak sempat nak pergi toilet. Teruk jugak baju aku. Sampai rumah, dialah yang basuh baju aku, sidai dekat laman. Aku ingat lagi..Dia pernah cakap, setiap binatang yang kita korbankan tak kira lembu atau kambing dapat pahala besar. Binatang tu jugak yang akan bawak kita di padang masyar. 

Sejak umur dia meningkat, kudrat tua dia pun dah tak seberapa. Aku pun dah besar. Kedai kopi pun dah lama dia tak pergi. Masjid pun sama. Dia dah tak boleh bawa kenderaan.

Tapi, cerita-cerita dia memang tak pernah habis. Cerita tentang perang komunis, cerita tentang hantu, cerita tentang gadis....Semua cerita yang dia tak pernah cerita pada anak-anak dia. Sebab tu, boss besar aku pernah kata yang atuk aku bias. Dengan cucu lain, dengan anak sendiri dulu garang. Haha..boss besar aku cemburu. Dari aku kecik sampai sekarang aku percaya masih banyak lagi episod yang belum dia ceritakan. 

Mungkin kalau ada rezeki panjang umur. Aku akan ceritakan benda yang sama pada anak aku. Orang nak kata cerita lapuk, biarlah. Bagi aku, itu semua cerita-cerita paling hebat pernah aku dengar yang tiada dalam buku.

Monday, April 19, 2010

Mula

Rupanya, sekejap saja aku di makam batu. Malas nak berfikir. Aku nak keluar dan terus berjalan. So, aku rasa tiada point untuk menutup ini blog. Sut hitam aku pun dah hapak, kasut Bally ni pun berhabuk. Aku nak campak dalam laut.

Tarik nafas dalam-dalam. Hembus pun kuat-kuat. Ok cukup.

Buat Mark Zuckerberg, nanti-nanti la aku fikir pasal kontrak tu. Tengok la setahun dua ni, kalau ada masa kita jumpa lagi.

Aku nak berdiri sama tinggi balik sebab aku dah puas baring.

Tinggi mana  aku berdiri, sama mana pun kita nanti, tetap jugak ada lainnya.
Aku rasa aku dah jumpa life aku yang satu lagi. Pemain kata.

ps : lynn, walaupun mulut kau pedas tapi berguna juga ya? sampai kau balik dari sydney, turn aku pulak.

Friday, April 16, 2010

Bismillahirrahmanirahim

Aku adalah seorang spiderman. Macam Peter Parker. Ada 2 dunia yang berlainan, memerlukan 2 personaliti berbeza. Siang memetik akustik di tangga Batu cave, malam terbaring di tepi tasik Loch Ness mengharapkan ada dewi timbul dari air.

Aku harap aku dapt bertango dengan seorang wanita berserban merah disaksikan jutaan orang disebalik topeng masquerade. Lampu putih, bersut hitam dan berkasut Bally. 15 orang ghairah meniup saksofon, menyeret biola dan double bass dan seorang pemegang kayu magis. Bagi aku setengah jam bertango, hanya 30 kali pusingan jarum jam.

Kalau mimpi datang dengan episod, bagilah aku episod yang enak-enak. Binakan aku satu makam batu walaupun tak semewah emas makam Tutankhamun. Letak aku disitu dan tanam aku di tengah-tengah pusat bumi dikelilingi kau kau yang dengan perihal kau kau. Owh ya, aku mahu sut hitam dan kasut Bally juga. Bagi aku sebulan menghabiskan mimpi-mimpi. Hanya satu muka surat kalendar.

Mungkin satu hari nanti, orang kata Marikh itu ada oksigen. Kalau boleh, aku nak menginap disana. Tak lama. Setahun. Satu kali pusingan bumi. Letak aku disana cukup dengan pensel, pemadam, kertas dan seorang dayang. 365 hari mengarang puisi umpama Shakespeare. Mungkin juga umpama Dickinson. Jangan kau bagi aku teleskop, sebab aku tak akan melihat bintang. Aku akan mengarang dan mengarang dan aku hanya perlu senyuman seorang dayang. Hari ke 365, aku persembah semuanya kepada permaisuri sebelum pulang.

Aku rasa Kota Atlantis itu indah dan menunggu pengunjung berabad lamanya. Aku mahu jadi pengunjung selamanya,persetankan rumput hijau... awan putih.... matahari.... kau kau yang ketawa...kau kau yang menagis... apa kaitannya dengan aku. aku adalah aku dan kau adalah kau. Dunia yang berbeza, mengharapkan harapan yang sama, suka, cinta, tipu daya dan sebagainya. Mungkin si ikan akan tenung aku dalam-dalam dan pergi kerana aku dan ikan berbeza. perfect! aku suka.

Hanya kita berdua tahu. aku dan dia.

ps : selamat tinggal blogspot






Thursday, April 15, 2010

Posmen

Houston, cancel my flight ticket to states..
I dont need to jump from Niagara fall
because...
I received a letter this morning and guess what?
I have my answer..

ps : btw, Niagara is scary as hell..

Wednesday, April 14, 2010

Model Giorgio Armani

sorang dari kawan saya, Fahmi Mizan diikat kontrak jadi model untuk Giorgio Armani sampai 2012..


ps : gud luck John!!

Lambo

dunia ini laju jugak berputar. rasa sekejap saje masa berlalu (kecuali kelas bahasa russia.. lama je rasanya). Lebih kurang setahun yang lepas, heboh pasal MLM (multi level marketing). Siapa ramai pengikut bawah dia, dialeh berkuasa.. macam yakuza.. macam cerita godfather macam tu cuma mereka tiada pedang tergantung belakang badan mahupun glock terselit celah ketiak.

Satu hari, aku bermuhasabah diri di restoran mamak muhibbah yang didepan kedainya ada nombor 24, terang dan besar nombornya diikuti perkataan 'jam' yang agak kecil sedikit sambil layan roti tempayan. John tiba dengan kenalan barunya, Apit.

Aku usha dari jauh, Apit ni muda lagi. cuma tua setahun dari aku. Tapi sudah pakai bmw.

"Kerja dia senang, cuma kau kena usaha lah. aku boloh tolong"

Apit bersuara sambil teguk teh-o. Aku senyum sopan.

"kalau ko betul2 punye buat, memang cepat naik. thats why, aku keluar MMU just to concentrate benda ni."

Apit sambung lagi.

"nantilah aku fikir, aku bukan selalu jumpa orang. bz"..
"ok takpe, ko amik nombor aku.. nanti papehal call"

Aku keluar sony-e walkman putih, salin nombor apit
apit keluar blackberry hitam, salin nombor aku.

Tadi di facebook ada orang invite aku join satu program mendapat keuntungan dari internet.

aku menolak sopan.

bukan aku tak percaya, tapi aku tak berminat. mungkin ada orang lain yang betul2 berminat nak cuba, silakan. tapi bukan aku.

Tadi radhi kamaruddin ym aku cakap john tengah kusut pasal bisnes dia down. Terus aku terbayang si Apit tukar kelisa, pakai henfon biasa2.

lagi 4 tahun, baru aku abis belajar..
mungkin keja dalam 4 tahun lagi, baru boleh beli lambo,
its ok bebeh!

ps : kalau dah namaya rezeki, kat mana2 pun ada.






Malaysia

hari ni aku tak ke kelas, ade something wrong..

bila cek2 balik, cereal dah abis, roti jauh sekali. time tu jugak aku terbayang si ane bawak nasi kandar muhibbah sambil tersengih
terus aku naik tramp memecut 40 km/j pergi mcd.

Macam biasa, mcd selalu ramai orang. Tempat duduk memang limited. lepas order aku duduk satu meja

bahasa russia di translate bm

'boleh duduk sekali? tempat dah takda"

aku tak dengar sebab dengar mp3

brader tu tak puas hati, dia cuit bahu aku. baru aku perasan.

'boleh duduk?'
'owh, ok2'

brader tu sama gf dia duduk depan aku. aku usha ada bigmac, chicken burger sama fries.
aku makan fillet je.
oleh kerana brader tu tengok aku cakap russian grammar macam gampang,

u can speak english

yes2!

where are u from?

malaysia

malaysia??

yea malaysia..

i've been to singapore. once. but malaysia never. but i know kuala lumpur

owh really?

*bukan senang jumpa orang tau pasal malaysia dekat sini.


i like the weather, like summer. In russia, summer only 2 months
what are u doing in russia?

studying, ship building. smtu

aaa.. i know that..
hows russia?

i like summer, but i hate winter..

hahaha
*brader tu sama awek dia gelak

maybe sometimes its good to visit malaysia. 'otdikhal'! (bercuti)

good idea!
*aku senyum sopan

ps : keluar mcd, aku terasa nak dengar lagu negaraku. lagu merdeka butterfingers pun jadiklah.





Tuesday, April 13, 2010

cuba

ku akan kembali

di lain hari

ku akan cuba lagi

sampai mati

jumpa lagi

Nilai

orang kata masa itu emas..

nilai emas turun, masa tak turun

emas yang dipajak boleh ditebus,

masa tak boleh diulang..

lagi tepat kalau orang cakap masa 'umpama' emas

baru tepat.

nilai satu ayat...

Monday, April 12, 2010

Romeus and Juliet

owh juliet, awak nampak cantik hari ni.

owh romeo, awak pun kacak juga.

juliet, saya suka awak sebab bau awak bau pop corn

romeo, saya suka awak sebab muka awak macam pisang

saya suka awak juliet, sejak dari mula saya nampak nama awak terconteng di eiffel tower

saya pula suka awak sejak awak pakai seluar merah ketat awak

juliet, saya tak suka dengan lady caputlet sebab dia ada misai jarang-jarang

romeo, saya pulak tak suka dengan lady montague sebab rambut macam dawai

apa kata kita tengok macbeth? nak tak juliet?

minggu lepas kan dah tengok, kita tengok la hamlet?

juliet, maafkan saya pasal baldassare castiglione...

owh romeo, janganlah melodrama..madamoussaile.

owh juliet..

owh romeo..

juliet... If I profane with my unworthiest hand
This holy shrine, the gentle sin is this:
My lips, two blushing pilgrims, ready stand
To smooth that rough touch with a tender kiss.

romeo...Good pilgrim, you do wrong your hand too much,
Which mannerly devotion shows in this;
For saints have hands that pilgrims' hands do touch,
And palm to palm is holy palmers' kiss

owh juliet..

owh romeo..



Joget Tengah Taman

video

Sunday, April 11, 2010

Bak Kata Zahirlunatik

Dah lama aku tak dengar lagu busta rhyme sama mariah carey.

Barulah urban sikit-sikit

Lupa

Entah macam mana, aku terbukak page Encik ni.

Macam aku familiar dengan dia..

Abang kantin? bukan..

Abang asrama? bukan..

Lambang Mara tu clue

Tuhan maha pemurah, kasik stun gun otak aku..

Cikgu Hasran...

ps : Sorry cikgu, tak perasan. sejak nak umur jejak digit 2 kat depan ni makin susah nak mengingat

Saturday, April 10, 2010

Dansa

Mari lah kita berdansa?

berdansa? maksud kau tango? atau pun cha-cha?

Ah, jangan kolot..

Maksud kau?

kita berdansa. bersahaja.. di Bulan

Dibulan?

Ya, di bulan. Kau simpan saja tanya-tanya begini.

Tapi Bulan itu jauh. Kau gila?

Kau kata aku gila?

Ya, kau..

Apa maksud kau yang kau maksudkan?

kau yang aku maksudkan itu kau.

"kau"

Ah, sudahlah

Kau mahu turut serta?

Ya mahu tapi bagaimana?

Bagaimana apa?

Bulan, mahu naik roketkah? garudakah?

Owh itu yang kau pusing? roket saja kan mudah

Kau ada?

Siapa bilang aku ada? kau pula?

Aku juga sama

Ah, lupakan saja berdansa.

Semua tinggal sisa

Tiada masa..

Api

Bile fikir2 balik, kalaulah rumah aku sekarang ni terbakar, 5 benda yang aku capai bawak lari dulu mungkin..

1. Sound system, sebab mahal woo!!
2. Lappy sebab ade speaker je pun tak gune
3. Camera, boleh ambik gambar rumah aku on fire. rare beb, boleh upload flickr
4. Handfon for sure, nak harap orang lain call bomba memang susah.
5. Maybankard, pasport buat2 tak nampak. Boleh buat baru sebab aku dah menyampah pasport lame ni

ps : owh, lupa nak bawak skali rayban. Boleh tengok show api, mata tak rosak.

Thursday, April 8, 2010

Pertama

Handfon pertama saya ialah siemen kaler putih, cik puan besar punya yang lama..
- Amat vintage dan saya ingat nak jual di ebay

Kawan baik saya yang pertama ialah Nurul Iman..
- Berjiwa rebel

Basikal pertama saya berwarna merah dan namanya charlie
- i miss you charlie

Walkman pertama saya ialah walkman free kfc..
- siap gambar colonel sanders

Jam pertama saya ialah casio baby-g warna putih..
- digital dan berlampu

Rokok pertama saya ialah dunhill lights..
- sekarang masih setia

Lappy saya yang pertama Acer..
- Ade webcam boleh rotate 270 degree

Spec pertama saya frameless kaler biru..
- hancur sebab Iskandar pijak

Orang pertama saya suka ialah Nurul Alyssa Abdul Malik
-Dia suka saya? saya tak ada jawapan.. al fatihah

Orang pertama yang suka saya ialah Fatin Zulaika Sulaiman
- dia kata saya pakai lipstick pergi sekolah.

Permainan pertama saya bawak sorok2 ke tadika ialah patung Tommy power rangers bersaiz boleh masuk poket..
- patung tu, sebab saya kene cubit dengan Cik Puan besar sebab saya masukan patung tu dalam mangkuk mee Syuhada

Lagu pertama boss besar saya ajar main gitar ialah deep purple- smoke on the water
- saya tak minat sangat deep purple

Kasut pertama yang saya sayang ialah converse
- cousin saya bagi dari singapore

Konsert pertama saya masa darjah enam
- Nyanyian lagu patriotik..*pfft

kamera lomo saya yang pertama ialah Holga
- Ada 4 flash colour woo!!







Wednesday, April 7, 2010

Ratu

Sudah lama aku berjalan.Mencari makna renaissance yang tidak dicatat sejarahnya di kitab. Berjalan dan terus berjalan sampailah aku di Jordan. Jordan..

Diatas batu ada seorang wanita, putih kulitnya, sopan, manis senyumnya.

Apakah dia Ratu Rania?

"tidak, aku ialah aku. pengembara sama seperti kau"

Owh iya, aku lupa..


Aku berjalan lagi, beberapa masa sampai pula di Syria. Syria...

Datang seorang wanita lagi, berserban merah, berkasut high heel, funky

Apakah dia Ratu Zenobia?

"tidak, aku ialah aku yang semalam. Hanya pengembara seperti kau"


Aku jalan lagi, tak menoleh. Terus aku berjalan. Teka teki apa ini?

Sepurnama aku sampai di Turki. Turki...

Tercalit warna pada lengan, masih lagi gah.

Apakah dia Ratu Hairunisa Gul?

"tidak, aku ialah aku yang kelmarin. Masih lagi pengembara seperti kau"

Makin rumit. Aku terus lagi berjalan. Bersoal dengan angin


Beberapa tapak aku sampai di Mesir. Ya.. Mesir

Di atas piramid bersimpuh wanita bersutera putih, dihiasi bunga kuning.

sshh..

Apakah dia Ratu Cleopatra?

"tidak, aku ialah aku, yang selamanya juga pengembara seperti kau. teruskan berjalan, kau akan ketemu aku lagi"

berjalan.. mudah..








Tuesday, April 6, 2010

Kit-Kat

Teringat aku masa aku mahu UPSR, ada sekali tu tiba waktu cuti. Seminggu lebih. Time tu pulak heboh dengan kem English. Farouk Hashim, Hakimi Musa sama Faliq Md Nor sepakat mahu pergi. Diorang tanya aku nak turut serta ke tidak. Bila fikir-fikir balik, banyak lagi kerja aku mahu buat time cuti. Lawan counter strike sama Vijayam dekat cc sampai maghrib, layan dvd cerita romantis dan tak tinggal juga lepak-lepak mall sama Syanaz and the gang.

Satu hari aku dapat tau Lisa sama Ellina pun pergi jugak kem tu. Cik puan besar aku bagitau. Terus aku talipon Faliq suruh masukkan nama aku.

Hari nak bertolak ke kem, kitorang 4 orang naik kereta, mak Faliq hantar. Sebelum tu aku sempat talipon Vijayam cancel lawan Counter Strike seminggu. Garang jugak dia sound aku di talipon.

Sampai dekat kem, lepas daftar aku angkat beg pergi ke dorm. Aku dapat dorm sama Farouk. Si Faliq sama Hakimi dorm lagi satu. Malam2 pukul 8 dah start program. Ape kes? mana dengan buletin utama nya? cerekaramanya?

Engkau orang boleh bayangkan kem english ajar cara sebutan yang bukan2. french fries lah, woodpecker la, terbakar hati remaja aku mase tu. Ok, malam pertama aku sabar walaupun nak tidur budak2 memekak.

Entah hari keberapa, satu hari ade Cikgu tu ajar cara menggunakan kamus dengan tertib. Semua ok dia ajar kecuali lupa baca bismillah sebelum bukak kamus.

"ok, saya nak kamu carik perkataan yang susah. kemudian kita bagi kawan2 teka maksud dia. menang dapat coklat"

berterabur budak2 carik perkataan dalam kamus. sungguh tipikal. *sigh

Aku tak fikir panjang, sebab aku sibuk usha Lisa.. the only reason aku masuk kem ni. Oww, sweet~

"wei tengok ni"

mamat sebelah aku yang aku syak dari sekolah mana entah tunjuk perkataan "tit" pada aku. Aku tak berkata apa-apa. Dia diam, buat-buat carik perkataan lain. Mungkin dia faham yang tindakan dia tu annoying. Si rambut spike

"pss, tengok ni!"

Ah sudah! dia tunjuk pada Lisa perkataan tu.

Lisa senyum tawar sambil tengok aku.

Ade jugak aku usha mic stand tu nak buat belasah mamat spike ni.
*************************************************************

Malam tu, si spike dengan member2 dia main satu permainan. Permainan "spender beracun". sape kena baling dengan spender tu dia kalah. Aku usha tajam dari jauh. Farouk pulak dah tido.
Nak jadik kes, spender tu melayang tepat kena muka Farouk. Farouk yang time tu tido dah berubah baran macam orang tak semayang sebulan. Hampir jugak patah tengkuk si spike tu.

Aku cuba jadik hero sebab aku paling hensem dan mature time tu. Takut jugak si spike tengok Farouk bermutasi macam tu sekali. Nasib baik sempat aku leraikan.

Last day, Si Spike mntak maaf dengan Farouk masa sesi salam menyalam macam lepas semayang berjemaah dekat masjid. Yang paling best, Lisa bagi aku greeting card sempena nak exam siap dengan kit-kat.

Tak sia-sia aku terseksa seminggu dekat kem english. Lepas ni, kalau vijayam taknak kawan dengan aku lagi pun tak ape. Janji dapat card!

ps : dulu aku memang gile sama kit-kat.

Monday, April 5, 2010

Jabatan

1, почему не взрывают в петербург? (kenapa tidak meletup si Petersburg?). Diambil dari sebuah akhbar disini. Yang menjadi masalah sekarang, kenapa mesti ada gambar orang yang pakai purdah? yang tidak boleh terima, kalimah "Allahuakbar". See? adakah Islam adalah agama popular bagi terrorist? kita cakap tidak, tapi european cakap ye. Jabatan mana yang bertanggungjawab ni?


2. I'm too sexy for my shorts (saya terlalu seksi untuk seluar saya). Yang ni aku musykil, agak jabatan mana yang sesuai kalau aku nak buat report?

Saturday, April 3, 2010

Rabbi, Father and Ustaz

This picture of a rabbi, a father and a muslim was taken in Spain during an art exhibition


Beberapa orang telah di interview :

Rosnah Mat Aris : lah, gambo ape ni, teruk benar perangai. geram betul aku dengan Yahudi ni tau. Nak je aku cili-cili mulut dia

Inul Daratista : Sememangnya ini gambar kurang ajar. gue rasa ini udah betul-betul keterlaluan. ya, kalau mau kita perang aja sama yahudi. Mati pun gue berani kok.

Mawi : Masyaallah.. sampai macam tu sekali? Ekin honey, tak boleh jadik, kita boikot barang Yahudi ye.

Adam Af : Sial! ni lebih ar. Ingat aku takut sangat dengan kau ke? Abang Yusri KRU, ape kita nak buat ni bang? aww

Liyana Jasmay : Aku tak percaya cin.. maksud i gambar ni. u all pun tak percaya kan? euww..
whateverrr.

ok.....

Bila kita tengok gambar ni, kita sebagai umat Islam mesti rasa marah, geram melihat agama kita diinjak-injak sebegitu rupa walaupun ianya hanya sekadar simbolik. Kalau kita berpendapat " owh, yahudi ni memang nak kena ajar, makin lama makin menjadi-jadi". So tell me, what would be the best action we can take?

option 1. Baling cat dekat church

*kaler ape sesuai? pink or purple? Nippon paint yang odourless la sbb i alergic*pfft

option 2. Belasah orang yahudi dengan kristian

* Batang kayu kasik standby.. er, masuk jail lame tak? ade seminggu? *pfft

option 3. Boikot barangan yahudi yang hanya bertahan tak sampai sebulan.

* Gua xde hal tak makan Mcd. Tapi Nescafe gua susah sikit r. *pfft

Owh come on, thats all crap! Hentikanlah pemikiran macam ni. Aku pernah tanya sorang kristian dari Indonesia. Dia kata kita orang Islam pelik sebab cakap tak serupa bikin. Sebab apa? sebab kita selalu nak ambik tindakan mengikut perasaan nak ubah orang tapi kita sendiri tunggang langgang . Marah? hentikanlah, tak payah nak tunggu semua umat Islam satu dunia bersatu, dekat Malaysia cukup la. dengki mendengki,hasut, fitnah, macam2 lagi yang aku rasa korang tau.

Nak boikot? tell me how?? Our economy depends on them. Thats fact! dont ever tell me with boycott the products we can survive and live happily ever after. Owh bahagianya hidup.. WOW! Thats all bullshit. Macam dulu, heboh boikot, sampai masuk paper. tapi sekarang ada lagi?

Haha, ok, aku takde phd dalam agama but sebagai seorang Islam, yang penting kita kena bersatu. Bersatu? ayat simple tapi nak laksanakan Subhanaallah susah.

Sape setuju kita perang Israel angkat tangan! *pfft..

-bang, solat lima waktu cukup ke? puasa? zakat?

-kak, aurat tu jaga ke? ade cite baru pasal anak Si Senah yang kene tangkap basah?

"kau sibuk2 ni kenapa? takut nak jihad? pengecut, harap muke hensem"

Abang2 dan kakak2, bukan saya takut berjihad, nilai diri kita sebagai seorang muslim, menjiwai apa itu Islam yang disampaikan junjungan Rasulullah pun jihad juga. Jangan terlalu berfikiran tipikal.

Harap2 umat Islam semakin berfikiran lebih dalam isu-isu macam ni.

Kalau Semua umat Islam bersatu, dengan berlandaskan syariah islamiah, InsyaAllah. Tuhan sentiasa tolong kita. Amin..

ps : no hard feeling:)





Ikea

Semalam tak tidur, pukul 8 bergerak konon beli barang rumah last2 mall blackout, tak dapat operation.

Balik rumah pukul 3, makan jauh sekali, terus bantai pasang meja Ikea, celaka punya susah.. sejam jugak baru nak siap

aku nak tidur, mata dah rabak.

ps : sape berani kejut aku sebelum matahari esok muncul, memang kene hempap dengan meja ikea

Thursday, April 1, 2010

Forget

Sejak akhir-akhir ni macam2 yang berlaku. Dengan hal 'itu' , dengan hal 'ini' yang menakjubkan. Bagaimana hanya beberapa masa mampu mengubah personaliti.

Bila aku berfikir guna logik akal, semua ini karut. Tapi kita manusia percaya pada karut. Termasuk jugak aku.

Sekarang mungkin aku kena ada satu perancangan solusi untuk semua ini sebab ini masalah normal.Masalah yang sama pertama adam dan hawa. Satu cara, forget about it. Satu masalah yang hanya ada satu solusi iaitu lari dari masalah ini.

Mungkin kau kau kata aku penakut, tapi masalah kau kau dan aku berbeza. Kalau boleh aku terjun dari atas Niagara asal masalah ini selesai dengan nyata berkonklusi, aku terima walaupun aku bukan penyelam terhebat dunia.

Mungkin juga macam kau kau kata kalau dapat merentas lautan api boleh saja kau kau harungi. Tapi aku tidak kerana itu terlalu metafora berlebihan dan kau kau perlu tahu aku dan kau tak serupa.

Dan sekarang aku cuma perlu menggunakan lebih fungsi cerebrum dan amygdala berbanding liver kerana liver aku kurang pasti, ada titik-titik lebam. Dua organ, untuk menyelasaikan satu teka-teki yang hanya ada satu solusi, forget about it.

ps : Dari huruf pertama sampai huruf penghujung semua bukan fiksyen yang macam kau kau reka sebelum ni. Bagi aku masa untuk bekerja dengan cerebrum dan amygdala. Aku pasti lupa