Sunday, May 23, 2010

Fantasi Gila

Sudah 2 tahun masa berlalu,
Ada orang cakap sekejap,
Ada orang cakap lama,
Ada orang tak tahu apa.
Makna masa.

Dalam 2 tahun itu juga aku menipu,
bukan sapa-sapa tapi diri sendiri,
Aku yakinkan diri si dia masih disisi,
Bernafas dan kekal abadi,
Fantasi.

Rina cakap, "kau lupakan, hidup mesti diteruskan.."
Zizi cakap, "move on dude, its over.."
Kamal cakap, "entahlah.."
Azri cakap, "kau memang gila.."
Ibu aku cakap, "yang hidup, pasti mati"

Kalau aku ada peluang untuk jumpa Lisa,
Walaupun harus ditukar dengan nyawa,
Aku terima,
Cukuplah hanya seketika,
Untuk aku meluahkan rasa cinta.

Masa berlalu macam angin,
Aku jumpa dia, 
dia yang aku rasa boleh buat aku lupa,
satu fantasi gila yang aku cipta.

Ternyata,
sama juga,
dia aku tolak tepi,
fantasi gila aku sambung kembali,
sambung,
dan akan terus sampai bila-bila..

16 comments:

  1. lisa surihani ke ?
    mmg fantasi giler :)
    tp angan angan xsalah .
    bc la entry baru , tanpa angan2 mimpi xjd kenyataan :)

    *ceh , promote blog lak -_-"

    ReplyDelete
  2. caca : owh, anda silap.

    nina: yup. lisa malik

    ReplyDelete
  3. sabar la ek..yg pegi tetap pegi..btul ckp ibu ko tu..

    ReplyDelete
  4. aiyoo~ puitis sungguh kamu.. hee~ but..

    I'm lovin it! (nyanyi lgu tema mcD) =DD

    ReplyDelete
  5. aahhh...tenang aku baca.

    eh, kau pun hati gadis juga?

    ReplyDelete
  6. kau kena kuat , aku tahu kau boleh :)

    ReplyDelete
  7. kamon yus. barang yg pergi tak akan kembali yus,

    ReplyDelete
  8. pergi kenapa ye ? diumur berapa ?

    ReplyDelete
  9. ibu terbaik :)

    lisa is missing u as well. trust me :D

    keep on praying for her. thats the best u can do for her.

    ReplyDelete
  10. Aku harap aku ketemu dia lagi...

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. letak lah pic lisa suriahani gadis pojaan lu.
    gua mau jugak cuci mata ni hah.
    *wink*

    ReplyDelete
  13. things that we lost, has always a way to come back to us..

    ReplyDelete