Sunday, November 21, 2010

Tragedi Banglo Bapak Gua

Kali ini gua nak buat satu entry mood seram, Orang kata apa barang jadi jantan kalau tengok cerita Ju-On tutup muka pakai bantal. Tapi gua nak cerita satu kisah seram yang betul. Real. Bukan mengarut yang bukan-bukan. Sorry, gua bukan Uncle Seekers. Pfft

Ok, penghujung tahun 2007, gua habis SPM. Gua berhijrah ke Melaka. Time tu member-member gua yang lain sibuk kerja. Ada yang kerja goreng fillet di mcd, ade yang kerja promoter di topshop, yang kerja habiskan duit mak bapak pun tak kurang juga, Bagi gua, gua mahukan sedikit ruang dan sebab itu gua berhijrah ke Melaka, ke banglo keluarga gua yang bapak gua bina (bukan dia sendiri bina tapi upah kontraktor bina la) atas tanah pusaka moyang gua.

Keluarga gua memang jarang balik ke banglo di Melaka. Masa gua baru-baru menetap disitu, memang banyak betul kerja yang gua kena buat. Mop lantai, cuci jamban, lap tingkap.. semua la gua yang kena buat. Nasib baik kawasan halaman rumah gua yang berumput, bapak gua dah upah orang kasik tebas. Kalau gua jugak yang kena tebas memang lemak la kan.

Hari pertama gua menginap seorang diri di banglo keluarga gua yang dikelilingi dengan tanah terbiar yang penuh dengan pokok-pokok hutan. Gua rasa happy. Macam tengah bercuti tengah hutan.. Segalanya gua kena buat sendiri. Gua pergi ke dapur, gua keluarkan spageti sama sebotol prego dari dalam rak. Segalanya gua buat dengan tenang sehingga gua terbayang ada kelibat putih lalu depan tingkap belakang kitchen gua. Memang gua mengaku yang gua agak terperanjat tapi bila gua fikir-fikir balik, sape nak masak untuk gua? jadi gua sound hantu sedikit keras sambil tutup mata :

"kak, nak lalu tu boleh. Lalulah cepat. gua nak masak ni"

Gua bukak mata ternyata 'kakak' tersebut tak berani dengan gua. Gua senyum sambil nyanyi lagu S.M Salim sama Siti Nurhaliza. Lepas makan gua masuk bilik, gua nyala lampu tidur sebab bukan gua takut. Tapi gua risau kalau ada makwe menyelinap masuk rumah gua dan buat bukan-bukan ke gua. Senang gua bagi back kick...

Terus terang gua cakap, bila gua tidur malam, gua akan pastikan yang gua akan on lampu tidur. Tapi yang gua musykil, asal gua bangun pagi mesti lampu tidur gua dah off. Gua syak ada something wrong. Tapi takpe. Gua buat bodoh. Barulah brader-brader.

Berbekalkan superbike gua dan lesen L jpj, gua mendapat pekerjaan sebagai front officer di sebuah resort di melaka. Gua bukan apa, gua boring duduk rumah. Balik rumah pukul 1 atau 2 pagi dan terpaksa meredah jalan berhutan sejauh 1 kilometer sudah biasa buat gua masa gua kerja dulu. "kakak" putih yang selalu lalu belakang rumah gua pun gua dah lama tak nampak.

beberapa minggu kemudian :

Gua terima panggilan dari kenalan lama gua, Irfan dari Johor Bahru. Katanya mahu lepak sama dengan gua. Masa hari diorang sampai, gua terpaksa tunggu di highway untuk guide diorang ke rumah gua. Cilaka punya lama gua tunggu dekat tepi highway. Tak market langsung. Padahal gua rasa senang je nak ke rumah gua. Tengok je la signboard. Ye tak? Biasa la, orang kecik-kecik duduk New York mana tau baca signboard bahasa melayu.

Dalam pukul 5 lebih petang, kereta myvi auto tak habis bayar lagi kepunyaan Irfan tiba di rumah gua. Gua tengok muka Irfan, Anis sama Daus dah macam tenuk. Konon penat drive beribu kilometer.

Malam tu gua masak menu special. Gua masak spageti sama prego. Hahaha. Chill la, jangan marah gua. Dah tu je yang gua reti masak time tu. Ok ok gua sambung. Lepas gua masak kitorang pun makan. Gua dah memang standbai coke 3 botol sama twisties. So malam tu kitorang lepak kat depan luar rumah gua. Kitorang berbual panjang. Si Daus pulak tiba-tiba nak ke toilet. Katanya tank beliau sudah full. Si Daus masuk ke rumah untuk ke toilet.

Tiba-tiba gua dengar bunyi tapak kaki orang berlari. Kuat semacam. Rupa-rupa si Daus. Patut la kuat, saiz kaki pun saiz 11.

Gua : kau ni apa hal?
gua tanya sedikit garang

Daus : Fan, teman aku jap. aku takut.
Irfan : Kau ni dah kenapa? nak suruh aku basuhkan?

Si Anis konon buat muka geli sambil jari ligat tekan butang henfon.

Daus : Aku nampak budak kecik dekat kitchen kau mel.

Gua pandang Irfan, Irfan pandang gua, Anis pandang gua sama Irfan, si Daus pulak sibuk tekan-tekan zip seluar konon dah tak tahan nak terkencing.

Gua : ok ok gua teman..

Lepas tu bapak gua pernah cakap yang dekat rumah gua tu memang ada macam budak kecik pompuan. Tapi dia tak kacau orang. Sampai sekarang, setiap kali gua tidur bilik gua mesti lampu tidur gua ada orang off bila gua bangun. Gua syak budak kecik tu punya kerja, suka benar main lampu. Kang kena karen padan muka.

"Terima kasih adik tolong tutup lampu"..



21 comments:

  1. lah nasib baik budak kecik je bukan kakak perempuan putih yee dakk ?
    hish tak mau la kena macm ni hehe

    ReplyDelete
  2. Cis. Okay, this is kinda scary. Now ni pukul 05.03 am. Damn. Takut. :S

    ReplyDelete
  3. die nak jimaekan letrik tu. tak baik membazir.

    ReplyDelete
  4. die nak jimatkan letrik tu. tak baik membazir.

    ReplyDelete
  5. jom g umh tuhh..tp aku kejut ko lau aku nk g toilet mlm2 !

    ReplyDelete
  6. nasib baik dia tutupkan lampu kau
    kalau dia buat mende lain, naya kau

    ReplyDelete
  7. kau tak masak spageti sama prego untuk diaorang. siapa tak terasa kalau macam tuh

    ReplyDelete
  8. Ikmal : aku nak masak untuk diri sendiri pun susah..

    eqa : nak kena cubit? hehe

    kimi : tu yang malas aku nak dengar..

    wafeex : baik dia tutup laptop aku ke, lampu toilet ke.

    pikabon : okay, orang mansoura pun takut jugak? haha

    Yana : Kalau kakak putih tu cun ape salahnya:)

    Kate : Nak try kate?

    ReplyDelete
  9. wow
    tinggi ade kecik capai suis lampu
    mintak tolong akak dye kot
    hihi

    ReplyDelete
  10. cekodod : suis rendah je.. x tinggi mane

    ReplyDelete
  11. buat adik angkat la.mana tau 5 tahun lagi muka dia iras2 Lisa Surihani

    ReplyDelete
  12. ni cerita betul ke kau bidon je...
    kau kan kuat bidon..musykil aku..haha XD

    ReplyDelete
  13. lampu lain dorang tak tolong tutup jugak ?

    ReplyDelete
  14. haha nak kakak cun ?
    adeh naughty habes lah you.

    grrr.err tetiba rasa nak makan spageti dengan prego. HAHA

    ReplyDelete
  15. shy : amboy, lisa surihani terus..

    bulu : ini betul la lahanat.. tapi kau lagi hantu dari hantu la.. haha

    Nina : lampu bilik aku saje

    Yana : nak makan spageti tau x resepi? haha

    ReplyDelete
  16. hahaha ko x pena jumpe bdak kecik tu plak?

    ReplyDelete
  17. adeh mestila tauu.
    sekarang rasa nak makan spageti buatan sendiri
    :D

    ReplyDelete
  18. gerek r..gua suka crite tu..kem slm ae ngn budak kecik tu

    ReplyDelete