Friday, December 10, 2010

Cerita Member Gua

Gua ada sorang kawan dari umur 7 tahun. Nama dia Hakimi Musa. Gua nak terangkan ciri-ciri maskulin dan ciri-ciri feminin yang ada terselit satu dua pada member gua ni..


Lu orang nampak vest uitm tu? Tak silap gua time ni dia patut serve orang lain tapi gua kurang pasti kenapa dia yang duduk makan. Mungkin saja nak bergambar barangkali..



Ini muka Kimi Musa bila diluar waktu pejabat. Bila gua cakap yang gua kadangkala nak bagi penyepak pada dia, lu orang bising. Lu orang cakap gua kejam. Nah gua bagi tunjuk. Amacam?



Boleh lepak dimana-mana sahaja. Di atas lantai jusco? di parking lot depan bank Islam? di depan saloon? semua boleh. Tiada masalah langsung bagi Kimi. Janji dapat melepaskan penat di badan.



Di gilai para wanita dan juga... errr segelintir lelaki. Gua masih sangsi kenapa ramai wanita yang mahu bergambar sama Kimi. Sampai bergaduh tarik rambut pun ada. Pfft




Pekerja yang sistematik. Ni gambar masa dia di bahagian kitchen. Tengok muka dia, macam dah bekerja overtime 8 jam. Yang sebelah dia tu makwe yang dia minat yang sama-sama ambik course sama dengan dia. Tapi dia malu nak cakap. Hehe




Baik dengan lecturer. Kimi sangat menghormati orang tua, lagi lagi lecturer. Kalau depan lecturer muka dia akan berubah 360 degree. Badan pun boleh jadik taf semacam. Gua syak lecturer tu ada anak perempuan iras Hanis Zalikha..




Seorang pemain futsal, penyokong Manchester United dan of kos England. Tapi world cup lepas dia sokong Jerman bila England dah out. Lepas Jerman out, tetiba join Spain gua. Tu yang gua panas.



Sorang penari tradisional yang versatail. Lu orang kena tengok dia masa pertandingan menari zapin dulu. Haha. Ni la contohnya.. Tapi ini bukan zapin. Ni menari sotong




Pandai bergambar ikut situasi. Lu orang tengok tu, panas-panas pun selamber muka cool. Tapi jangan terpedaya itu semua. Kimi hanya akan tersenyum bila depan kamera sahaja tak kira la kalau tengah marah sekalipun. Lepas lu orang dah ambik gambar dia, dia akan sambung mencarut balik. Sumpah tak tipu!



Ini gambar raya tahun lepas. Dia Kimi yang pakai jam kuning tu. Playboy malaya? haha, jangan tanya kenapa. Dengar cerita dia makin kurus lepas raya. Celah mana kurusnya gua pun was-was.

5 comments:

  1. cm best je member ko ni.. say hi to hakimi musa!

    ReplyDelete
  2. aulia : haii !!

    juice ; sumpah ko sweet dowwww..ailebiu lahh ! :D

    ReplyDelete
  3. ur best friend ke?
    at least dye comey. haha:P

    ReplyDelete