Saturday, January 15, 2011

Zack Fire

Pagi itu, suasana di Jasin, Melaka kelihatan tenang dan nyaman. Zack bingkas bangun dari tidur dan mengukir sebuah senyuman. Beliau tahu, pagi itu beliau ada misi dan visi yang perlu diselesaikan. Dicapainya tuala mandi dan terus ke bilik air yang terletak tidak jauh di luar rumah.

Selepas 10 minit, urusannya selesai di bilik mandi.

"Kejap bebenor mandinya?"

Sound Haji Mohamad dari dapur. Zack tersengih sambil tangan masih ligat mengeringkan rambut beliau dengan tuala. Zaman 80-an, mana mampu nak beli hair dryer. Walaupun begitu, sedikitpun tidak menggugat jiwa Zack sebagai seorang rocker. Dalam fikirannya hanya satu, berjumpa kawan sekolahnya dulu, Rama.

Zack menyarung jeans biru cerah yang ketatnya sampai ke buku lali dan dikenakan dengan
t-shirt putih. Rambut paras bahunya dibiarkan mengerbang. Beliau capai kasut putih lusuh dan wang simpanannya dari bawah katil dan terus menuju ke pondok menunggu bas.

Di bandar Jasin, beliau singgah di kedai runcit untuk membeli gula pasir, pesanan dari ibunya, Hajah Kasnah. Selepas membeli gula, beliau terus ke kedai Rama yang terletak di sebelah bangunan Kelab Persatuan Cina (sekarang ini sudah diganti bangunan baru)

Zack : Alo Rama, itu hari aku tengok saje, ini hari aku bawak wang. Ada lagi ke?
Rama : mestilah ada.. aku dah simpan dah, kasi bersih lagi.

Hati Zack berbunga melihat gitar karen idaman beliau sejak dari beberapa bulan lepas. Terasa penat lelahnya membuat kerja kampung untuk mendapatkan wang, berbaloi bila gitar karen berpindah tangan. Bermulah perjuangan seorang rocker anak Melaka dari detik itu. Ramai juga kenalan Zack masa itu yang sama-sama berjuang atas nama muzik rock dengan kumpulan Fire. Gua sudah kurang pasti tapi yang gua ingat ada Tapa (Mustapa) dan juga Liyas (Ilyas). Itupun sebab gua selalu jumpa masa raya.

Setelah beberapa lama, Zack sudah mula bekerja di jabatan kerajaan. Jodoh itu ditangan tuhan. Zack bertemu dengan wanita dari Johor Bahru dan menamatkan zaman bujangnya. 5 tahun selepas itu, lahirlah gua. Gua masih ingat ketika gua masih kecil, gua selalu tengok bapak gua main gitar tong bila dia free di rumah. Gua suka tengok walaupun gua tak faham. Cuma gua suka bunyinya. Kadang-kadang gua teringat balik masa bapak gua ajar gua petik gitar dulu, sama-sama dengar deep purple.

"lagu zaman sekarang.... tak senonoh betul!"
- Zack Fire, 2010

6 comments:

  1. hahaha. how do u dat in details?
    nice work! XD

    ReplyDelete
  2. klaka !...best statement zack fire tuh

    ReplyDelete
  3. haha . lu pun bikin gua teringat masa zaman zaman gua berlajar tentang rock . pakngah gua yang sesatkan gua . teringat masa gua sekolah rendah . gua dengan pakngah gua sama sama pergi konsert deep purple ( live in malaysia ) . haha . smoke on the water !

    ReplyDelete
  4. http://killbolkiah.blogspot.com/2011/01/manusia-rock-roll.html

    ReplyDelete