Sunday, March 6, 2011

Kak Mala

Satu petang yang sederhana kepanasannya, gua sampai di Seri Warisan Resort lengkap dengan kemeja putih dan slack hitam siap bertali leher Suave yang gua rembat dari cousin gua. Dah tu je tali leher yang urban, kalau nak pakai bapak gua punya memang konfem hilang market gua.

Gua tiba dengan Syuhada sebab memang gua dah suruh dia ambik gua sebelum dia pergi keje. Gua bukan ape, bukan gua ni kedekut cuma gua support saranan kerajaan untuk car-pooling. Dapat mengelakkan pencemaran udara. So orang Melaka, berterima kasihla ke gua sebab udara di melaka segar sebab gua. Hehe.

Gua menuju ke front desk

"ape tentatif hari ni?"

Tanya gua sambil membetulkan kepala tali leher. Sebijik macam bos gua, Encik Amzah.

"Hari ni tadi ade group tour dari China tapi dah checkout. Lepas tu ade 3 orang mat salleh baru check in"

Farah berkata ke gua dengan lemah lembut. Farah ni atas gua setahun. Dia student uitm terengganu yang praktikal di tempat gua. Berkulit putih, berwajah manis, bertudung litup.. memang sejuk je mata gua memandang. Panas-panas macam ni pun kalau dapat tengok muka Farah ni, rasa sejuk je, macam mandi swimming pool.

"ok ok"

"So kitorang balik dulu la nanti. Owh, hari ni Iza MC.. so mel kene jaga sorang. Or nak Farah stay dulu?"

"Owh its ok la Farah, nak balik takdehal la."

Malu la gua kalau setakat jaga frontdesk pun tak boleh. Lagi-lagi depan Farah. Gua capai henfon, gua send mesej ke Iza :

"Kau sakit ape?"

"Huh?? Sakit ape pulak?"

"Farah cakap kau sakit tak masuk shift"

"Aku MC la! MC tak semestinya sakit. Aku kat Mahkota"

"Kau memang babi!"

Gua terus letak henfon dalam drawer. Iza ni pun praktikal jugak, sebaya dengan Farah cuma lain Uitm. Tiba-tiba henfon gua berbunyik lagi. Ada mesej masuk. Gua syak mungkin Iza nak ajak bergaduh, rupa-rupanya Farah.

"Farah lupa nak bagitau. Nanti Mel inform Kak Mala yang guess
mat salleh tu nak order makan ke room"

Gua tersenyum sorang-sorang bila baca mesej Farah. Haha, macam cilaka. Gua capai telefon, gua inform Kak Mala. Kak Mala ni bahagian FnB (food and beverages).

"Hello assalamualaikum, Kak Mala ade? jom la gosip-gosip petang"

"Banyak la kau! hah ade ape?"

"Kak, guest omputih tu dah hantar food?"

"Ni akak on the way ni haa. Eh, nak dengar story baru? nanti akak naik frontdesk"

"Ok kak, saya tunggu akak"

Kak Mala ni memang kaki gosip. Kadang-kadang bila gua dengar dia gosip, macam tengok cerita dekat panggung. Kawan baik Kak Mala ialah As, singkatan untuk Asri.. Lelaki dua alam di resort gua yang bercita-cita nak jadi pramugara.

Tak lama lepas tu, gua nampak Kak Mala berjalan menuju ke coffee house dengan muka masam. Gua beranikan diri bertanya :

"apsal kak?"

"Ni haa mat salleh kau tu! dia mintak kecap.. Akak antar la kicap. Lain kali cakap la CILI SOS!!"

Gua mulai konfius..

"Sabar je la kak malaaaaaaaaaaa"

8 comments:

  1. KAHKAHKAH. kecap ye bang.

    lmao. XD

    ReplyDelete
  2. kah kah kah..mat salleh mmg sbut cili sos as kecap @ketchup..kak mala tu klakar la

    ReplyDelete
  3. cara kak mala pronounce jadi bunyi kecap.

    :)

    ReplyDelete
  4. Maryam : Kak Mala memang kelakar.

    Mary : haha, orang banyak gosip macam tu la

    ReplyDelete
  5. kecap=kicap...
    ada juga bunyik2 kicap sikit..
    hahahahaha!

    ReplyDelete
  6. eqa : biasa la.. orang melayu la kate kan

    ReplyDelete
  7. MC tak semestinya sakit ! hahahaha ;D

    ReplyDelete