Friday, March 4, 2011

Legasi Keluarga Gua

Tanah Melayu, era 60-an selepas pemerintahan British.

Siapa yang tidak kenal sama Muhammad Dee? Jaguh ago go bersama kugirannya yang asyik saja mendendang lagu, menghibur anak-anak tanah Melaka di merata tempat. Jiwanya hanya pada musik pop yang zaman itu pesat membangun di Tanah Melayu.Cucuk bulan orang kata. Zaman yang tiada edit-edit suara. Sekali rekod, sekali jalan. Berkemeja kolar tajam dan berseluar yankee ketat, di sematkan pula dengan cermin mata coklat besar.

"Masa tu pesen orang melayu memang begitu. Pegi wayang gambar pun pakai yankee"
-Muhammad Dee

Serius benar Muhammad Dee masa tu dengan kugirannya. Setiap kali show ada la dalam puluhan ringgit yang dikumpul beliau sehingga beliau berjaya menjadi usahawan tanaman mangga hingga sekarang. Sehingga kini masih ada teman seangkatan beliau yang masih lagi aktif yang kadang-kadang bertemu kembali dan bermain musik di kaca tv seperti Kartinah Dahari, A. Rahman dan juga Pakcik Buang (yang kini jadi pegawai TNB,duduk dekat dengan rumah gua)

Muhammad Dee adalah atuk gua yang sehingga kini pop jiwanya!

Tanah Melayu, 80-an permulaan wayang gambar berwarna di Tanah Melayu

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Zack, anak kepada Muhammad Dee ternyata mewarisi darah musik bapanya. Tetapi Zack tersimpang sedikit arah perjalanannya. Beliau lebih ke arah musik rock, genre musik yang bisa buat gadis-gadis sunti pada masa itu terjerit-jerit gila.Namanya lebih dikenali sebagai Zack Fire, sempena nama kumpulannya Fire.

Ternyata Zack mengambil satu langkah kehadapan dari bapanya. Alatan moden, sound system yang lebih mantap dan peluang yang lebih banyak untuk berkarya. Beliau menggunakan segala peluang dengan cermat dan berhati-hati. Dengar cerita, masa beliau berambut ala-ala Joe wings dulu, ramai jugak makwe kirim-kirim surat pada dia mintak kapel. Zaman tu mana ade sms. Telefon rumah pun takde lagi.

Jodoh itu ditangan tuhan. Zack Fire bertemu sama bonda gua dan berkahwin.. Zack Fire adalah bapak gua.

"Cd ape ni bang? Marilyn Manson... setan mana la kau dengar ni"
-Zack Fire, Januari 2011

Malaysia, 2011 zaman makwe-makwe pakai blackberry

Tiba la giliran gua untuk menyambung legasi keturunan gua. Gua layan ape? err gua layan Misha Omar je. Hehe

"kepada anak gua yang belum lahir, diharap anda semua didalam keadaan sihat sejahter.. Ni bapak ade pesanan ringkas. Kalau lu adalah perempuan gua tak kisah lu nak layan musik ape janji tak melanggar syariah Islam, ok? kalau lu lelaki tapi lu terlompat-lompat macam Stacy, memang nak kena terajang. Takde kompromi."
- Juice, Mac 2011

17 comments:

  1. kalau macam tu nanti gua nak anak anak gua pergi tuisyen dengan lu la . haha . entry yang best gang . we are all rocker !

    ReplyDelete
  2. Tora : kalau anak lu datang tuisyen, gua sorok awal2 cd manson. haha

    ReplyDelete
  3. Bunga-bunga cinta habis lah lu.Haha !

    ReplyDelete
  4. Syaza : Suara misha kadang-kadang menggoda ok hehe

    ReplyDelete
  5. atuk kau dulu2 mesti style habes kan..
    terbaik lah :)

    ReplyDelete
  6. eqa : uishh, gila kau.. gadis kebaya mane je dia tak pernah dating? haha

    ReplyDelete
  7. fuh salasilah keluarga kau nh.
    mengancam yg part zack fire tu :p

    ReplyDelete
  8. saraa : anak dia lagi mengancam! haha

    ReplyDelete
  9. Why are all your posts so fun to read?

    ReplyDelete
  10. Thish : Im glad that you're happy reading my post:) so thanx a lot!

    ReplyDelete
  11. Nona : saya? saya main musik jugak, irama melayu. Saya tak reti jadik bangfes.

    ReplyDelete
  12. haha. aku suke tang zack fire sound lu cakap lu layan setan mane tu. muka zack fire ms tu mesti cool giler kan.

    ReplyDelete
  13. kyra : muka zack fire memang sentiasa cool.

    ReplyDelete
  14. haha. gua suke org muka cool ni. kim salam dekat zack fire

    ReplyDelete