Sunday, April 10, 2011

Sketsa Politik

Pagi itu, gua bangun tidur agak awal. Mungkin sebab gua keletihan mengemas rumah. Maklumlah, rumah family gua di Melaka tu memang takde orang yang nak menjaga. Kadang-kadang kalau gua dan family gua nak balik sana, bapak gua akan telefon Pak Mat untuk bersihkan keliling rumah gua, tebas ape yang perlu tebas, kalau jumpa binatang berbisa kasik buang rumah jiran sebelah. Masa gua pertama kali sampai di rumah tu, gua tengok garden belah depan memang bersih, sejuk je mata memandang. Tapi bila gua tengok rumah orang sebelah, penuh dengan daun-daun kering yang kebanyakannya terkumpul di tepi-tepi pagar. Gua syak itu semua perbuatan Pak Mat. Gua hanya pandang dengan perasaan simpati.

Gua bangun, gua bukak televisyen. Gua bukan suka sangat nak tengok kartun budak-budak pukul 9. Tiba-tiba perut gua rasa lapar. Gua terus mandi, pakai wangi-wangi dan gua menuju ke kedai melayu. Masa gua tiba di situ, makwe kedai tu ambik order gua dengan sopan.

Makwe Kedai : Minum ape dik?

Gua : Err, kasik saya teh tarik.

Makwe Kedai : Makan?

Gua : Roti canai ade lagi?

Makwe Kedai : Eh, banyak lagi tu. baru pukul 10 lebih.

Gua : Owh, boleh la bagi saya roti telur satu sama kari. Saya taknak dal.

Awek Kedai terus menuju ke belakang untuk menghantar order. Sesekali gua terbau perfume dia. Ternyata makwe kedai lagi wangi dari gua. Gua bukan apa, kalau time-time macam tu memang haram nak jumpa roti canai tempat gua di Johor. Nampak sangat orang Johor kuat makan roti canai. Tak pun mamak roti canai tempat gua memang dasar pemalas nak buat banyak-banyak.

Gua makan dengan sopan, baca bismillah, kunyah 5 kali, baca doa habis makan, cuma gua tak tutup aurat masa tu sebab gua pakai seluar 3 quarter. Gua menyesal dan rasa berdosa. Habis makan gua keluar Dunhill Light, gua sedut dengan nikmat. Syukur Alhamdulillah. Gua capai Metro atas meja, gua selak bahagian sukan.

Datang sorang pakcik duduk sebelah table gua yang gua syak di pertengahan 40-an dengan misai tebal. Dia usha gua lain macam. Gua jadi tak selesa.

Pakcik Misai : Orang baru eh dik?

Gua : Baru ape?

Pakcik Misai : Bukan orang sini kan?

Gua : Owh, family saya ada rumah kat sini pakcik. Saya balik sini sebab cuti.

Pakcik Misai : Habis tu orang tua mana?

Gua : Diorang takde kat sini. Saya balik sorang.

Pakcik Misai : Ape name?

Gua : Muzamel

Pakcik Misai : Macam ni la cik zamir, pakcik nak tanya, ape pendapat cik zamir pasal politik?

*Sejak bila gua jadik cik zamir pun gua tak tau. Biasa la, orang tua.. gua sekadar sedapkan hati.

Gua : Politik? Saya tak pandai sangat politik cuma saya tau la politik ni penting.

Pakcik Misai : Hahaha, pakcik tak hirau politik. Pakcik tau pakcik keje, dapat duit beli makan.

Gua : Owhhh

Pakcik Misai : Ape guna politik? bukan kita dapat duit kan? Biarkan orang nak politik tapi pakcik tak mau campur!

*Lepas tu gua terpaksa dengar Pakcik Misai cerita pasal dia muda-muda keje polis sampai la part dia kawin. Gua cuma angguk sambil mata jeling-jeling metro.

Pakcik Misai : Ok la, pak cik nak mintak diri. Nak ke Merlimau ada pilihanraya.

Gua : Ok ok pakcik.

Gua hempas metro, gua panggil makwe kedai :

Gua : Kak kira kak!






5 comments:

  1. Pakcik Misai memang mengundang.Tinggi juga kesabaran kau ya Juice.Haha !

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete