Thursday, May 24, 2012

Ayat Power Kuqi

Aku ada sorang kawan. Dia seorang perempuan. Nama dia Tengku Aqila, mungkin aku syak keturunan dia keturunan raja-raja dulu. Lain pulak dengan aku yang keturunan pahlawan. Tengok badan pun dah tau jenis badan sedap buat berlawan. He he

Kawan-kawan ada yang panggil qila, kalau yang jenis moden sikit panggil kuqi. Muka kuqi ni putih-putih redup, rambut panjang paras bahu. Alhamdulillah sampai hari ni aku tak pernah nampak rambut dia warna perang. Tinggi pun sedang-sedang, iras-iras tinggi scha al-yahya maybe. Sebab apa, sebab scha tu pun aku tak pernah tengok live.

Tadi masa makan kurma dengan nasik aku teringat ayat power yang kuqi pernah cakap kat aku 5 bulan lepas.

Hari tu aku dah janji nak jumpa Kuqi di Bangi. Ikut perancangan aku nak bertolak petang ke Bangi tapi entah macam mana petang tu aku teman bos aku ke Tangkak. Balik dari Tangkak aku terus drive ke KLIUC Bangi.

*Tet tet

"Aku dekat cafe. parking tempat biasa"
Setibanya aku di KLIUC, aku parking kereta di parking lot depan blok student. Dari parking lot aku berjalan ke cafe. Masuk-masuk cafe aku nampak Kuqi tengah sibuk baca buku sebab exam dah dekat. Melihat Kuqi baca buku pelajaran adalah rare.

Setelah berbincang sedikit sebanyak, aku dan Kuqi pun mengambil keputusan untuk melepak di mcd bangi. Dekat situ parking bukan main susah. Lepas 2-3 kali pusing baru la dapat parking.

Masuk je pintu gerbang mcd, aku terasa ada orang cuit aku dari belakang. Haishh badan pahlawan jangan disentuh kalau takde ilmu. Aku toleh rupanya Amin Benjamin.

"Eh buat apa sini?"

"La, aku kan Uniten Bangi. Datang mcd nak makan la. Sekali-sekala makan western apa ade hal. Ye tak?"

Aku iyakan aje statement Amin Benjamin.

Aku dengan Kuqi duduk di spot yang baik dari segi pencahayaannya dan dari segi bunyi-bunyiannya. Maklumlah, nak berbincang serius ni faktor persekitaran pun kena tengok jugak. Baru feel.

Setelah semua okay, aku pun berbual dengan Kuqi. Nak jugak tau cerita dia sejak dah duduk Bangi ni.

*ringtone berbunyi. (aku tak reti nak buat bunyi ringtone mp3)

Blackberry yang dari tadi berbunyi hanya diignore. Aku jadi serba salah.

"Kau tak reti angkat phone ke?"

"Ahh dari petang tadi. Malas aku layan"

"Jangan cerita kau ada boyfriend. Aku report kat mak kau kang."

Kuqi jeling aku. Blackberry berbunyi lagi. Kali ni Kuqi angkat telefon.

"Tolonglah stop call call aku ni. Mesej mesej tu pun stop."

Aku tengok Kuqi memang serius. Kadang-kadang kening belah kiri Kuqi terangkat-angkat bila bercakap.

"Sape tu qi?"

"Ni budak kolej aku jugak. Nak cintan cintan boleh blah."

"apesal pulak? kesian budak tu. Menangis ni karang. Haha"

Aku gelak kecil. Dan time tu la Kuqi menyatakan ayat power beliau

"Ah tak kuasa la aku. Dari aku bercinta dengan orang KL baik aku bercinta dengan orang Batu Pahat, kampung atuk aku."

Malam tu aku kena pow lebih kurang 15 ringgit tak campur petrol.

2 comments:

  1. hmm gua nak ajak parent gua pindah Batu Pahat la lepas ni haha .

    ReplyDelete