Sunday, November 4, 2012

Antara Aku dan Makcik Security Apartment

Aku baru balik dari membeli roti dan syampu rambut. Cuaca agak baik dengan suhu yang sedang-sedang, cuma hujan renyai yang kadang-kadang memercik terkena spek mata buat aku baran juga. Maklumlah, rabun.

Cerita tentang syampu, aku paling pantang bila mandi time tu syampu habis. Itu pun aku baran juga kadang-kadang. Hari ni aku tak cerita panjang. Lepas beli roti dengan syampu rambut aku terus balik rumah.

Masa aku sampai depan apartment, aku nampak seorang brader tengah tolak-tolak baby stroller depan pintu. Aku fikir mungkin brader berkenaan tengah tunggu bini dia yang sibuk bersolek nak di ajak keluar di hari minggu. Aku juga fikir yang dalam baby stroller tu tiada baby.

Aku ke pintu apartment untuk menekan loceng security. Aku dengar ada suara baby dari dalam stroller. Aku jadi serba salah lalu aku tanya brader tu,

Aku : Brader, nak masuk apartment ke?

Brader : Aah. Tunggu kawan saya. Tapi..

Aku : Tapi apa brader?

Brader : Tapi makcik yang jaga pintu tak bagi masuk.

Aku usha baby dalam stroller tu. Aku syak baru umur bawah setahun ni. Dengan basah kena hujan pulak.

Aku : Takpe brader. Kejap.

Aku tekan loceng security dan pintu pun terbuka. Aku jemput brader tu masuk.

Makcik security : Awak bagi dia masuk kenapa??

Aku letak beg plastik berisi roti dan syampu kemas-kemas disudut tangga. Aku usha makcik security yang bersuara dari tingkat 2.  Satu-demi satu anak tangga aku daki, menghampiri makcik security dan secara perlahan aku berbisik ke makcik security,

Aku : Pernah tengok cerita Ong Bak?

Muka makcik security jadi cemas tak menentu. Peluh memercik membasahi anak rambut beliau yang berwarna perang. Aku bisik lagi sekali,

Aku : Nak tengok aksi Muay Thai?

Makcik security tak tahan di saiko lalu pergi meninggalkan aku bersama roti dan syampu.

2 comments:

  1. THUMBS UP. You cheer up my day. Thanks :)

    ReplyDelete
  2. ??? kenapa cakap macam tuhh dengan mkcik tuh ?

    ReplyDelete